Hebat! ‘Sifu Shopee’ berjaya jual 10,000 sambal Nyet dalam 3 minit


Sifu Shopee‘ membuat rekod baharu lagi apabila berjaya membuat jualan 10,000 sambal Nyet hanya dalam tempoh kurang 3 minit.

Memetik laporan The Vocket, Khairulaming yang mendapat gelaran ‘Sifu Shopee’ oleh peminatnya berjaya menjual 10,000 produk keluarannya iaitu sambat Nyet dalam hanya dalam tempoh tiga minit. Rekodnya sebelum ini ialah berjaya menjual 10,000 botol sambal itu dalam masa satu jam pada Januari lalu.


Khairulaming telah menyiarkan satu video pendek berdurasi lebih 2 minit yang memaparkan momen-momen kejayaan itu di Twitter.

“10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ni,” katanya.

Situasi itu mengejutkan warganet sehingga dia mendapat gelaran ‘Sifu Shopee’ dan sememangnya ia suatu pencapaian yang hebat walaupun hanya untuk rekod sendiri.

Khairulaming adalah seorang selebriti media sosial yang terkenal dengan video masakan dan mula popular dengan sambat Nyet keluarannya sendiri.

Mungkin usaha ini boleh memberi inspirasi kepada usahawan-usahawan online lain yang menggunakan Shopee sebagai penmangkin jualan mereka.

Shopee sememangnya popular yang menjadi platform untuk peniaga meningkat jualan mereka. Semuanya ada di Shopee, biji ketapang pun laku di Shopee.

Exit mobile version