Nombor ‘4’ Malaysia dan nombor ‘6’ London

1 min


nombor
Foto – BP Auctions/Jam

Nombor 4 di Malaysia dan nombor 6 di London seolah-olah mempunyai persamaan kerana membawa ‘bala’. Kalau di Malaysia nombor 4 tidak disukai masyarakat Cina kerana dikaitkan dengan kematian, begitu juga nombor 6 di London yang dikaitkan dengan syaitan.

Susulan itu, sebuah rumah di Britain, London akan dilelong pada harga pembukaan cuma £5,000 (RM30,019) disebabkan alamatnya yang bernombor 66 dianggap ‘menyeramkan’.

Menurut laporan Agensi, rumah dua bilik tidur itu mempunyai alamat 66, Sixth Street, Peterlee, Durham.

Alamat yang dianggap memiliki nombor 666 yang sinonim dengan syaitan. Kepercayaan masyarakat Barat juga begitu, angka 666 merujuk kepada nombor syaitan.

Rumah yang mempunyai dua bilik tidur yang besar dan dilengkapi bilik mandi bersaiz keluarga tetapi ia memerlukan banyak dekorasi.

Firma BP Auctions akan menutup bidaan kediaman tersebut pada pukul 12.20 pagi (waktu tempatan), 20 Mac ini.

Pada April tahun lalu, sebuah rumah dilengkapi dua bilik tidur dan mempunyai alamat nombor 666 di Pontiac, dalam negeri Michigan dijual pada harga murah hampir AS$39,000 (RM182,988).

Ini menjadi peluang kepada mereka yang tidak mempercayai karut sedemikian untuk mendapatkan rumah dengan harga yang lebih murah.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!