Soalan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM 2021. Berikut adalah soalan sebenar Bahasa Melayu Kertas 1 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Soalan ini adalah soalan Siri 1 kerana pada tahun 2021 peperiksaan SPM terpaksa diadakan dua kali bagi calon-calon yang tidak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana pendemik Covid-19.
Pada tahun 2021 juga adalah permulaan format baru pengujian bagi subjek teras ini. Soalan Bahasa Melayu terdiri daripada dua kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2.
Bagi Kertas 1 masa yang diperuntukkan adalah 2 jam dan soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Dalam Bahagian A, calon-calon dikehendaki menulis karangan berdasarkan grafik yang panjangnya antara 150 hingga 200 patah perkataan. Markah yang diperuntukkan adalah 30 markah.
Manakala dalam Bahagian B, calon-calon dikehendaki menulis karangan panjang di mana jumlah perkataan yang dikehendaki antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan petikan dalam setiap soalan. Calon-calon SPM dikehendaki menjawab satu soalan daripda empat soalan yang diberikan dan markah yang diperuntukkan adalah 70 markah.
Berikut adalah soalan sebenar bagi peperiksaan SPM 2021.
Kertas soalan yang dipaparkan ini boleh menjadi panduan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Bahkan ia boleh menjadi panduan bagi guru-guru bagi memberi penjelasan bentuk soalan kepada pelajar masing-masing.
Soalan ini juga boleh dibincangkan bersama untuk mencari jawapan terbaik dan mendapatkan markah terbaik seperti yang dikehendaki soalan. Semoga bermanfaat!
0 Comments