Beberapa imbuhan tetap penjawan awam akan naik termasuk elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)?
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang perkara tersebut.
Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat telah mengadakan pertemuan dengan PM 18 Julai lalu berkaitan penyelarasan semula elaun-elaun tetap yang diterima penjawat awam ketika ini.
“Antara perkara yang dicadang adalah meningkatkan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebanyak RM100.
“Ketika ini elaun ITKA paling rendah diterima oleh penjawat awam ialah RM95 dan kenaikan tersebut akan menjadikan elaun tersebut diselaraskan bermula RM195.”
Menurut Datuk Adnan Mat lagi, kadar semasa adalah dilaksana sejak lebih 16 tahun yang lalu.
0 Comments