Sakan Shoping! Produk Paling Menjadi Pilihan Di Shopee & Lazada

2 min


ShopeeKini berbelanja secara online menjadi pilihan rakyat Malaysia. Mak cik, pak cik juga terikut trend ini. Syarikat penghantaran juga semakin bertambah. Kalau dahulu abang-abang pos hanya sibuk dengan surat-surat. Kini bukan setakat barang-barang keperluan harian, ekzos kereta, peti sejuk pun terpaksa dipikul abang-abang pos.

Shopee dan Lazada Paling Best

Faktor lebih mudah, harga yang rasanya lebih murah serta terdapat pelbagai pilihan menyebabkan pembelian secara atas talian terus berkembang. Paling best, apa yang dikehendaki pasti ada.  Laman web e-dagang terbesar yang menjadi pilihan rakyat Malaysia tentunya Shopee dan Lazada.

Rancak! Shopee memecahkan rekod jualannya sendiri dengan 80 juta barang terjual sempena Shopee 12.12 Birthday Sale. Mereka yang berkunjung sahaja melebihi 80 juta dalam masa 24 jam pada 12 Disember lalu.

ShopeePortal berita Malay Mail membuat tinjauan apa yang disukai pembeli melalui data dari Shopee dan Lazada Malaysia.

Pilihan Pembeli 2019

Pada 2019, Pengarah Urusan Shoope, Ian Ho berkata pembeli yang mendominasi senarai teratas adalah dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor.

Senarai 4 keyword atau kata kunci menjadi pilihan. Orang Selangor suka dengani pengecas bateri. Kasut pula menjadi pilihan orang Kuala Lumpur. Orang Johor suka mencari blaus manakala orang Pulau Pinang suka dengan jam pintar.

Pada separuh tahun pertama 2019, faktor sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya menjadikan pesta beli-belah online makin meriah.

Bagi separuh tahun kedua, bahagian wilayah-wilayah tertentu menunjukkan peningkatan, lebih-lebih lagi festival beli belah global 9.9, 11.11 dan 12.12.

Produk yang menjadi pilihan mengikut wilayah adalah jam tangan sukan menjadi pilihan bagi wilayah tengah. Serbuk minuman Milo bagi wilayah utara. Wilayah timur menyukai kata kunci lampin pakai buang, manakala beg sandang dan blaus menjadi pilihan bagi wilayah selatan. Pengecas bateri menjadi pilihan bagi Malaysia Timur.

Bukan hanya barang kecil, barang yang bersaiz besar tetap menjadi pilihan. Bagi syarikat e-dagang Lazada Malaysia, ia mencatat jualan tertinggi produk mesin basuh yang dibeli pembeli wilayah tengah. Pembeli Lazada wilayah utara menyukai ubat detoks kaki. Kain pengelap kereta pula disukai wilayah timur. Lampin pakai buang dan bekas simpan beg plastik menjadi pilihan wilayah selatan. Penduduk Malaysia Timur pula menyukai pembalut buku bergambar.

Bagi kategori fesyen, kasut menjadi pilihan teratas diikuti seluar panjang bagi tahun 2019 di Shopee. Kasut sukan wanita pula antara tiga produk yang menjadi pilihan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Milo, minuman kegemaran rakyat Malaysia menjuarai carta keseluruhan menjadi produk paling laku diikuti lampin pakai buang dan gincu bibir. Milo juga antara tiga produk tumpuan di wilayah tengah dan utara pada 2019.

Sakan shopping ya..


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!