Buat Duit

Agak-agak.. dalam kalangan kita yang menggunakan telefon pintar, ada tak yang tidak menggunakan WhatsApp?

Rasanya semua guna kan! Medium komunikasi paling popular  abad ini. Tambahan dengan ciri-ciri terkini yang semakin menjadikannya jauh ke depan.

Buat duit dengan Whatsapp!

Tahukah.. WhatsApp telah menjadi milik Facebook sejak Febuari 2014 setelah Mark Zuckerberg sanggup berbelanja kira-kira USD19.3 bilion untuk mendapatkannya.

Ini bermakna ‘Jan Koum And The Gang’, pengasas Whatsapp menjadi begitu berduit hanya dalam tempoh 5 tahun setelah berjaya merealisasikannya pada 2009

Jan Koum yang membesar di Ukraine pernah berkerja dengan Yahoo selama 9 tahun dan meninggalkannya syarikat itu pada 2007. Puncanya agak pelik, kerana bosan.

Selepas 2 tahun meninggalkan Yahoo, dia merasakan hidupnya tidak berkembang. Pada tahun 2009, dia mula terfikir untuk mencipta medium komunikasi baharu sehingga terciptanya WhatsApp.

Ia bermula apabila dia merasa bosan dengan aplikasi Skype yang perlu menggunakan kata kunci sedangkan dia sendiri sering melupakannya. Tercetus idea yang lebih mudah, dia mahukan aplikasi di mana pengguna hanya  perlu menggunakan nombor telefon sebagai ID unik masing-masing.

Idea telah ada, hendak menjayakannya, dia telah mendapat khidmat Igor Solomennikov, seorang pembangun aplikasi di RentACoder.com untuk merealisasikannya.

Pada 24 Februari 2009, Koum terus mendaftarkan syarikat WhatsApp Inc di California. Tarikh yang dipilih bersamaan dengan tarikh hari lahirnya walaupun aplikasi itu masih belum dicipta.

Pada peringkat awal, aplikasi baharu itu tidak berjaya kerana seringkali tersekat atau ‘hang’ sehingga dia mula kecewa dan terfikir untuk makan gaji semula.

Dalam pada itu, berlegar dalam fikiran tentang seorang rakannya, Acton yang sama-sama pernah berkhidmat di Yahoo suatu ketika dahulu. Setelah mereka berbincang tentang idea itu, Acton bersetuju. Ini kerana Acton juga ‘bernasib malang’ kerana ditolak oleh oleh Facebook dalam usahanya meminta kerja di sana.

Mereka berdua memulakan usaha dengan memperbaiki aplikasi itu dengan menyewa sebuah ruang kecil untuk dijadikan pejabat.

Ingin menjayakannya tentulah memerlukan modal yang agak besar. Pada Oktober 2009, Acton berjaya mendapatkan jumlah pelaburan USD250,000. Dia berjaya memujuk 5 orang rakan yang juga bekas pekerja Yahoo untuk melabur dalam usaha itu.

Mula membuahkan hasil

Usaha mereka mula membuahkan hasil. Pada awal 2010, mereka berjaya buat duit untuk kali pertama apabila mampu menjana keuntungan USD5000 sebulan.

Aplikasi WhatsApp pada ketika itu banyak digunakan oleh pengguna iPhone yang ingin menghubungi pengguna Blackberry.

Setahun selepas itu, kira-kira pada 2011, perkembangan WhatsApp begitu drastik sehingga berjaya menduduki carta top 20 di App Store.

Melihat kepada kejayaan itu, ia menarik minat firma Sequoia Capital. Firma teknologi itu telah melabur sebanyak $8 juta. Setelah 2 tahun WhatsApp bertambah kukuh dan berjaya menarik Sequoia untuk menambah pelaburan sehingga $50 juta.

Hebat.. pada ketika itu sahaja aplikasi WhatsApp telah pun bernilai USD1.5 billion. Hanya setelah 3 tahun.

Kemuncaknya, hanya selepas 5 tahun, ‘Koum and The Gang’ berjaya menjual aplikasi Whatsapp kepada Facebook dengan nilai lebih USD19 billion.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *