Pembukaan laluan Pintasan Raub atau Raub ByPass yang bermula tengah malam Jumaat 8 Mac 2024 lalu lebih memudahkan pengguna jalan raya yang menghala ke Pantai Timur. Ini kerana pengguna tidak perlu lagi melalui bandar Bentong dan juga bandar Raub.
Masa perjalanan dari Leburaya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa melalui bandar Bentong dan Raub menjadikan jarak perjalanan lebih pendek. Jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer akan mengambil masa hanya 30 minit berbanding 1 jam 30 minit sebelum pintasan ini dibuka.
Pintasan Raub merupakan sebahagian Seksyen 5A Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan laluan 9.6 kilometer dan sehingga hari ini, 7 kilometer pembinaan seksyen ini telah siap dibina dan sedia digunakan. Baki 2.6 kilomter bagi seksyen ini dijangka siap pada Jun 2024.
Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) menghubungkan Kuala Krai, Kelantan sehingga persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan laluan sepanjang 299.4 kilometer serta kos sebanyak RM7.7 bilion.
LTU ini dilaksanakan secara berperingkat melibatkan lima pakej yang pelaksanaan dilakukan mengikut keutamaan pembinaan berdasarkan kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Secara keseluruhan, Projek LTU dibahagikan kepada enam (6) pakej utama iaitu:
- Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47km)
- Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59km)
- Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.8km)
- Pakej 4: Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (50km)
- Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang (54km)
- Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km )
Projek ini merupakan antara projek Kementerian Kerja Raya (KKR) yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pasukan projek JKR untuk reka bentuk, pelaksanaan pembinaan dan juga pemantauan.
Projek yang menumpukan kepada pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala. Bagi jajaran LTU di Pahang, ia melibatkan 4 pakej utama sepanjang 169.10 kilometer merangkumi 16 seksyen. Sehingga kini, 9 seksyen sepanjang 106.85 kilometer telah berjaya disiapkan manakala baki 7 seksyen sepanjang 62.25 kilomter sedang dalam pembinaan.
LTU merupakan salah satu komponen di bawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
0 Comments