‘Scammer Check‘ cara semak scammer melalui Semakmule CCID PDRM.
Berita tentang penipuan scammer sentiasa terpapar melalui portal-portal berita. Boleh dikatakan hari-hari, ada sahaja yang akan menjadi mangsa, tidak mengira siapa, pasti ada yang terkena.
Oleh itu perlulah kita sentiasa berwaspada.
Scammer akan melakukan pelbagai cara dan helah untuk menipu. Kini mereka menipu mangsa dengan langkah pertama iaitu menimbulkan kerisauan dan ketakutan kepada mangsa. Berbagai-bagai helah digunakan supaya mangsa lebih takut, lebih-lebih lagi ditakutkan akan dikenakan tindakan undang-undang. Kedengaran yang terbaharu mereka sanggup membuat panggilan video kononnya mangsa sedang bercakap adalah pegawai PDRM yang lengkap beruniform untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka berada dalam kesukaran jika tidak bertindak seperti yang diarahkan. Ketika itu mungkin mangsa tidak sempat lagi untuk bertenang dan berfikiran secara lebih sihat.
Oleh sebab itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan satu inisiatif untuk menyemak scammer, ‘scammer check’ melalu nombor akaun yang pernah digunakan untuk menipu mangsa. Semakan boleh dibuat melalui portal Semakmule yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) PDRM.
Semakan boleh dibuat melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
Portal Semakmula akan membuat semakan nombor akaun yang pernah digunakan oleh scammer untuk menipu dan nombor akaun tersebut pernah dilapor kepada PDRM sebelum ini.
Sekiranya akaun tersebut adalah akaun scammer, pengguna akan dapat mengetahuinya.
Contoh bagaimana seorang penjawat awam kerugian RM677,565 ditipu dan hanya menyedari ditipu setelah membuat semakan melalui portal Semakmula.
“Semua wang yang dipindahkan berjumlah RM677,565, sebelum dia menyedari ditipu apabila membuat semakan di aplikasi Semak Mule semalam.
“Mangsa hadir membuat laporan polis bagi tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” – Mohd Asri Shafie, Ketua Polis Seberang Perai Utara. – Freemalaysiatoday
Namun kita juga perlu sentiasa berhati-hati kerana scammer lebih licik dengan menggunakan akaun baharu. 1001 helah akan digunakan untuk mendapatkan duit cara mudah.
Persoalannya, scammer tahu bakal-bakal mangsa semua berduit banyak, mana mereka dapat tahu ya!!
Sekali lagi berhati-hati, kerana kita tidak pernah mendengar berita mangsa-mangsa berjaya mendapatkan duit mereka semula.
0 Comments