Pengasas Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Lim Wee Chai meraih kekayaan luar biasa. Ini kerana dalam tempoh 12 bulan terakhir sahaja beliau meraih kekayaan sebanyak RM1.676 bilion dalam bentuk dividen yang dibayar Top Glove.
Buat Duit Berganda Susulan Covid-19
Menurut laporan The Straits Times, ini kerana permintaan tinggi untuk sarung tangan getah. Dalam suku ketiga yang berakhir 31 Mei lalu, peningkatan permintaan syarikat bertambah 6 kali ganda. Dengan itu sahaja Top Glove berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak RM2.04 bilion.
Seperti dilaporkan, untung meningkat berganda walaupun walaupun harga bahan mentah meningkat sedikit pada suku tahun tersebut.
Top Glove berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM4.16 bilion dalam suku ketiga berbanding jualan RM1.69 bilion yang diperolehi dalam tahun sebelumnya.
Peningkatan itu kerana penggunaan teknologi dan penyelidikan serta permintaan golbal yang tinggi susulan pendemik Covid-19.
Dengan kejayaan itu, Top Glove menawarkan keuntungan sebanyak RM0.18 bagi setiap saham dengan pembayaran dividen khas sebanyak 21 peratus.
Setahun RM1.676 Bilion
Ini membolehkan Lim Wee Chai menerima dividen sebanyak RM509 juta pada 7 Julai ini. Secara keseluruhan kekayaan yang dimiliki 12 bulan terakhir sahaja adalah sebanyak RM1.676 bilon dengan pecahan;
- RM460 Juta – 24 Disember 2020
- RM707 Juta – 23 Mac 2021
- RM509 Juta – 07 Julai 2021
Ini menjadikan keseluruhan kekayaan beliau adalah sebanyak RM13.6 bilion dan menyertai antara 10 individu terkaya di Malaysia.
Pemegang saham terbesar Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai bakal menerima RM509 juta dividen pada 7 Julai ini setelah Top Glove mengisytiharkan dividen 18 sen sesaham
Anggaran dividen yang diterima beliau sejak Disember tahun lalu adalah sekitar RM1.7 bilion pic.twitter.com/mEUEyozQpg
— Ekonomi Rakyat (@EkonomiRakyatMY) June 11, 2021
Sebelum ini Top Glove terpalit dengan isu tentang keadaan asrama dan rumah pekerja yang disediakan dalam keadaan teruk. Top Glove dikatakan menggunakan buruh paksa sehingga mendapat sekatan import Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP).
0 Comments