lebih kayaSekiranya pelbagai pihak terkesan dengan pendemik Covid-19 yang melanda sejak penghujung tahun 2019 lalu, namun tidak bagi para bilionair internet China. Mereka lebih kaya sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Bagi Jack Ma, manusia terkaya China dan manusia ke-11 terkaya dunia, pengasas bersama raksasa e-commerce Alibaba semakin selesa kerana telah berjaya mengumpul sekitar sekitar USD1.5 trilion (~RM6.23 trilion) sepajang tahun ini iaitu meningkat sebanyak 45 peratus menjadikan nilali kekayaannya sebanyak USD58.8 trilion.

Menurut laporan Hurun Research Institute yang dikeluarkan pada 20 Oktober lalu,  pertambahan nilai kekayaan Jack Ma kerana lonjakan permintaan pembelian online sekaligus menguntungkan Jack Ma selaku pemegang saham.

Lebih menarik, kekayaan besar yang diperolehi pada tahun ini adalah lebih banyak berbanding lima tahun terakhir sepanjang bersama Alibab Group.

Bukan setakat Alibaba, Jack Ma dijangka bakal menawarkan IPO Ant Group kepada orang ramai. Pembukaan saham Ant Group dengan nilai USD34 bilion (~RM141.5 bilion) ini sekaligus menjadikan saham Ant Group sebagai nilai IPO terbesar dalam sejarah.

lebih kayaManakala pengasas Tencent, Pony Ma Huateng, berada di belakang Jack Ma, dengan nilai kekayaan sebanyak USD57.4 trilion, meningkat sebanyak 50 peratus. Tencent ialah pengendali  perkhidmatan pesanan dalam talian WeChat.

Berada di tempat ketiga ialah pemilik kilang air botol Nongfu Spring, Zhong Shanshan, dengan nilai kekayaan sebanyak USD53.7 trilion. Ini setelah syarikatnya menerbit saham di pasaran saham Hong Kong pada bulan September lalu.

Menurut laporan itu, kenaikan harga saham milik lima billionair teratas Cina, menjadikan mereka lebih kaya 1 million dolar setiap minggu.

“Dunia tidak pernah melihat kekayaan yang banyak ini dihasilkan hanya dalam satu tahun, walaupun pandemik Covid-19, mereka meningkat ke tahap yang tinggi,” kata Hoogewerf, pengasas Hurun Research Institute dalam satu kenyataan.

Selain Jack Ma dan Pony Ma Huateng, seramai 257 individu di seluruh dunia turut menyertai kelab billionaires setakat Ogos. Dunia kini mempunyai 878 bilionair dimana 626 daripadanya terdiri merupakan rakyat Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here