#JusticeForBella kini trending di Twitter dengan 112k ulang kicau. Begitu juga di Facebook meluas tanda pagar #JusticeForBella.

Siapakah adik Bella? Adik Bella mendapat perhatian begitu meluas kerana penderaan yang berlaku keatasnya.

#JusticeForBella – Mereka Yang Terkait

Antara mereka yang terlibat adalah Bella, Mummy, Puan Mona, Fdaus Ahmad, Scrut, Siti Bainun, Syed Azmi.

Bella
Bella adalah seorang remaja perempuan sindrom down yang berusia 13 tahun. Sebelum ini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun diberikan hak penjagaan kepada rumah kebajikan iaitu Rumah Bonda.

Lawatan JKM Februari lalu mendapati Bella berada dalam keadaan sihat sehinggalah kisahnya terbongkar dan videonya tular.
Bella asalnya menghuni Taman Sinar Harapan Seremban (TSHS) di Negeri Sembilan. Namun tahun 2020 Bella diambil sebagai anak angkat Rumah Bonda.

Mummy
Mummy adalah gelaran kepada Zurianty Sudin yang merupakan sukarelawan Rumah Bonda. Mummy yang mencari helah untuk berjumpa Bella setelah dilarang beberapa kali untuk berbuat demikian. Sukarelawan yang bersusah payah membawa Bella ke hospital dan membuat laporan polis penderaan ke atas Bella.

Zurianty Sudin – https://www.facebook.com/nasruha.zurianty

Puan Mona, Fdaus Ahmad, Scrut
Puan Mona, Fdaus Ahmad dan Scrut adalah mereka yang membuat pendedahan awal setelah mendapat maklumat daripada Mummy tentang pendedahan Bella.

Mona Din – https://www.facebook.com/mona.din.3
Fdaus Ahmad – https://www.facebook.com/firdausmokhtar.fm
Scrut – https://www.facebook.com/scrut.my

Siti Bainun
Siti Bainun penjaga Bella dan pengasas Rumah Bonda. Wanita bujang berusia 28 tahun dan dikaitkan dengan Puteri UMNO.

Syed Azmi
Syed Azmi Alhabshi adalah aktivis masyarakat dan merupakan penasihat kepada Rumah Bonda. Penjelasan Syed Azmi di bawah namun ramai yang tidak berpuas hati.

Video Live – https://www.facebook.com/syed.azmi.148/videos/893249154738490/

Kronologi Kes Bella

Pendedahan yang dibuat oleh Fdaus Ahmad selepas berinteraksi dengan pendedah sebenar (Mummy) penderaan Bella. Ini adalah ringkasan kepada pendedahan itu. Perincian boleh lihat melalui link di bawah.

1. Mummy pergi ke rumah sewa Bainun (kondo tempat Bella berada ketika itu) mencari Bella kerana Bainun terkena Covid-19. Pergi untuk mengetahui nasib 5-6 penghuni lain termasuk Bella.

Sebelum itu Bainun memberi pelbagai alasan apabila Mummy ingin berjumpa Bella. Apabila Bainun terpaksa ke Hospital Sungai Buluh, ini adalah peluang baik untuk pergi berjumpa Bella.

2. Mummy dapat akses ke kondo dengan menggunakan kad akses ‘adik’ yang selalu menghantar makanan. Terus memanggil Bella.

3. Bella keluar dengan keadaan lemah, kelihatan luka bernanah di tangan Bella. Ini punca kenapa Bainun sentiasa mengelak untuk Mummy berjumpa Bella. Ada sesuatu yang tidak kena.

4. Mummy mula menangis dan buka camera telefon, untuk menyimpan bukti penderaan. Apabila baju luar berlengan panjang yang dipakaikan kepada Bella dibuka, lagi banyak kesan penderaan kelihatan.

5. Mummy menghubungi Syed Azmi yang merupakan penasihat Rumah Bonda. Syed Azmi minta uruskan dan Bella terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Mummy mengambil masa sehingga 6 jam menguruskan Bellla.

Bella begitu lapar sehingga mengutip semula 2,3 butir nasi yang terjatuh di luar bungkusan. Anngapan Mummy, Bella lama tidak mendapat makanan sempurna sehingga biskut yang dibawa suami habis dimakan Bella.

6. Mummy membuat laporan polis. Mummy mendapat tahu daripada cerita penghuni lain, Bella kena berdiri seawal 6.30 pagi di tepi dinding, tidak diberi makan. Apabila Bella duduk, penghuni lain turut memukul. Terhadap 5 budak lain di Kondo. Bella pernah diikat tangan dan disumbat ke dalam stor.

7. Mummy mengakui Bella merupakan budak yang baik, tidak akan buat masalah, tidak akan kacau orang namun kenapa dia didera sedemikian.

8. Mummy menerima surat LOD daripada penguam Bainun yang ingin menyaman.

9. Mummy menghubungi peguam kawan untuk mengetahui LOD itu. Pihak SCRUT yang turut menyiarkan pendedahan menyediakan peguam.

10. Bella ditinggalkan dalam kondo dalam keadaan positif Covid-19. Penjaga tidak mendedahkan Bella kepada KKM kerana bimbang diketahui keadaan Bella yang didera.

https://www.facebook.com/fdaus.ahmad/posts/10223693297814156

Hak Penjagaan Individu Dilucutkan

Hak penjagaan individu ke atas Bella dilucutkan serta merta atas perintah mahkamah. Bella kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepenuhnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/148854/BERITA/Semasa/Tular-video-didera-hak-penjagaan-adik-Bella-dilucut-serta-merta

Rumah Bonda Disita Dan Dilucut Hak Penjagaan

Rumah Bonda dilucut hak penjagaan ke atas enam kanak-kanak termasuk Bella, melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan 5 Julai 2021.

Pada 12 Julai 2021, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertinda menyita Rumah Bonda kerana Bella dipercayai didera di rumah berkenaan. Rumah Bonda juga tidak berdaftar dengan pihak JKM.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-adik-bella-jkm-sita-rumah-kebajikan-tidak-berdaftar-308095

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729757/rumah-bonda-disita-hilang-hak-jagaan

Polis Terima Laporan Penderaan Bella

Pihak polis menerima laporan penderaan Bella pada 24 Jun lalu.

Ia disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff dilaporkan berkata mangsa mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Bella turut disahkan positif Covid-19.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *