MageranMageran akan dikuatkuasakan?

Pertemuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan beberapa pemimpin parti menimbulkan banyak spekulasi. Setiap Presiden parti-parti politik telah dan akan berjumpa dengan Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gabungan parti Sabah, Sarawak akan bersama melalui telesidang.

Susulan daripada pertemuan itu itu, persidangan Majlis Raja-raja pada 16 Jun.

Mereka yang bertemu akan mengemukakan apa-apa yang perlu untuk kebaikan negara lebih-lebih lagi ketika pendemik Conid-19 yang terus menular.

Apa yang akan berlaku, kita sama-sama tunggu selepas ini.

Namun begitu, tiba-tiba Setiausaha Perdana Menteri, Marzuki Mohamad membangkitkan tentang Mageran-Majlis Gerakan Negara yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 sehingga 9 minit melalui video yang tersebar. Beliau risau sekiranya Megaran dikuatkuasakan sekali lagi.

Kenyataan Marzuki mendapat maklum balas, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi yang mempersoalkan tindakan mengkritik mereka yang mahu Mageran dilaksanakan.

Pembangkang tentunya tidak mahu Mageran mengambil alih kerana pembangkang ingin sidang Parlimen diteruskan.

Sekiranya Mageran ditubuhkan, apa yang akan berlaku.

Sebagaimana yang diketahui, Mageran ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Tepatnya pada 16 Mei 1969, Perisytiharan Darurat diwartakan dan berkuatkuasa bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149. Pada tarikh ini juga Mageran diberi kuasa menjalankan urusan pentadbiran negara sehingga 23 Februari 1971.

Apabila Mageran berkuatkuasa, Baginda Yang di-Pertuan Agong akan mempunyai kuasa penuh mentadbir negara dengan melantik seorang Pengerusi Mageran. Sebagaimana yang berlaku pada tahun 1969, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, dilantik sebagai Pengerusi menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman kehilangan kuasa. Mungkin ini yang merisaukan Marzuki.

Apabila Mageran mengambil alih negara, Menteri dan Timbalan Menteri yang ‘super’ banyak ketika ini akan dikurangkan hanya kepada 10 orang seperti mana tahun 1969. Ini juga merisaukan Menteri dan Timbalan Menteri ketika ini.

Pada tahun itu, hanya 10 ahli Mageran dengan 2 jawatakuasa iaitu Jawatankuasa Ekonomi dan Majlis Perundingan Nasional (MPN) yang ada. Beberapa dasar penting seperti Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru ditubuhkan.

Sebenarnya masih tidak pasti, blok parti mana yang akan mendapat kelebihan sekiran Mageran ditubuhkan. Namun sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi, tentu akan memberi kelebihan kepadanya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *