Nasib lelaki yang dikenakan kompaun kerana menziarahi kubur bapanya pada pagi Aidiladha mendapat perhatian daripada bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof.
Azmeer menawarkan diri untuk menjelaskan bayaran kompaun tersebut.
Azmeer yang meminta pertolongan orang ramai akhirnya berjaya menghubungi lelaki terbabit dan memaklumkan lelaki itu telah dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan untuk menjelaskan bayaran kompaun.
Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya. Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. – Azmeer
Semalam tular berita seorang lelaki berusia 21 tahun bersama dua anak saudaranya dikenakan kompaun RM2000 kerana menziarahi kubur. Kejadian yang melanggar SOP itu berlaku lelaki itu menziarahi kubur bapa mereka di Felda Palong 12,13 Jempol, Negeri Sembilan.
Ramai yang merasakan kompaun itu terlalu tinggi dan membandingkan dengan kompaun lebih rendah yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah yang telah membuat pandu uji Ford Raptor sebelum ini.
Dalam pada itu, abang kepada lelaki yang dikenali sebagai Syafiz Huzairi berkata adiknya menziarahi kubur arwah ayah mereka dan membawa 2 anak buah untuk ziarah pula kubur emak mereka.
Kesian adik den sorang nie kono kompaun. Ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo, pastu bawak pulak anak buah ehh ziarah kubur arwah omak ehh. Rumah dekat je, bukan rentas daerah pun, sejengkal yo umah ehh dari kubur, haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk kompaun, Alhamdulillah ramai yang nak tolong. – Syafiq
Adakah mendapat pengurangan kompaun? Setakat ini tiada penjelasan tentang perkara tersebut.
0 Comments