Bahaya jangkitan Covid-19 boleh berlaku di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi ketika jumlah kes yang semakin meningkat.
Namun ‘bahaya’ di Pusat Vaksinasi juga boleh berlaku. Namun bagi kisah ini bukan bahaya jangkitan Covid-19 namun bahaya apabila suami bersama kekasih hati bertemu dengan isteri di Pusat Vaksinasi.
Seorang pengguna Twitter @iamtix95 membuat hantaran yang tular. Video yang menunjukkan suami, isteri, kekasih suami dan kakak isteri bergaduh di Pusat Vaksinasi sehingga aksi kerusi terbang.
Suami memberitahu isteri bahawa dia tidak dapat menemaninya untuk melakukan vaksinasi. Maka isterinya pun pergi bersama kakaknya. Namun tembelang suami pecah apabila kelihatan suami bersama teman wanita memasuki Pusat Vaksinasi yang sama.
Seterusnya ‘bahaya’ kepada suami yang terus menerima amukan isteri. Kakak menerima ‘cuitan’ tangan daripada adik untuk sama-sama berganding bahu beraksi.
*Danger at Vaccination Center*
Husband told his wife that he could not accompany her for vaccination. So his wife went with her sister. Lo and behold they saw the husband coming in with a girlfriend at the same vaccination center 🙈🙈🙈 CTTO pic.twitter.com/7EtOQtUJfF— DocHappy🎗 (@iamtix95) July 28, 2021
Bertabahlah dalam mengharungi hidup ini..
0 Comments