Kisahnya sama seperti arwah Siti Sarah. Setiap hari suami setia menanti perkhabaran isteri.

Walaupun takut menunggu panggilan hospital, tapi inilah hakikat yang harus dilalui oleh seorang suami.

Mohd Zulkifli Mohdisa masih mengharapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan COVID-19.

Sejak isteri ditidurkan dan melahirkan anak di usia kandungan 31 minggu hingga ke hari ini, dia tidak putus mendoakannya supaya kuat dan kembali sedar.

“Berilah belas kasihanmu, ya Allah.

“Terasa bagai diragut nyawaku, terasa gelap sepi apabila mendapat perkhabaran dari doktor, oksigen dalam darah menurun berbanding semalam.

“Semalam 72%, hari ini 52%. Kadar jangkitan pada paru-paru 75% dan terdapat darah beku.

“Sel darah putih masih tinggi dari normal. Masih perlukan alat bantuan pernafasan dan masih dalam keadaan ditidurkan.

“Allahhuakbar. Ya Allah. Berikanlah belas kasihanmu pada hambamu ini… berikanlah kami peluang untuk bersama kembali, ya Allah.

“Sebagai suami, tiada apa yang saya mampu harapkan selain doa yang tak putus buat isteri yang kini sedang bertarung nyawa di ICU.

“Jutaan terima kasih pada yang sudi mendoakan isteri dan anak saya. Tiada ucapan mahu pun ungkapan yang saya dapat luahkan selain terima kasih.

“Keadaan terkini isteri saya masih lagi ditidurkan dan masih perlukan alat bantuan pernafasan.

“Walaupun perubahan tak banyak saya masih mengharapkan kejaiban dan belas ihsan dari Allah SWT untuk isteri dan anak yang dilahirkan secara pembedahan cepat sihat.

“Saya masih menanti perkembangan tentang anak saya. Setakat hari ini masih tiada lagi perkembangan dari pihak hospital.

“Maafkanlah isteri saya jika dia ada mengguris hati sesiapa. Doa kalian masih saya harapkan. Diharap kalian semua juga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dalam lindungannya.”

Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah yang dikongsikan oleh Zulkifli mengenai keadaan isteri yang disahkan COVID-19 sehingga terpaksa melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

Namun hingga kini, keadaan isteri masih kritikal dan bayi lelaki yang dilahirkan turut mempunyai jangkitan di paru-paru.

Kredit: Mohd Zulkifli Mohdisa

Sumber :https://www.majalahpama.my/kisahnya-seperti-arwah-siti-sarah-kini-harapkan-allah-bagi-peluang-ke-2-buat-isteri/


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *