Gaji asas pekerja pembersihan di Singapura akan cecah RM10,000 sebulan

1 min


Gaji bulanan asas yang baru saja diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif bagi sektor itu.

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, unjuran gaji tersebut adalah bagi warga Singapura atau pemastautin tetap di republik itu.

Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (24 Januari).

Cadangan itu merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Sekitar 3,000 warga Singapura dan pekerja pemastautin tetap dalam sektor itu bakal menerima manfaat daripada model gaji baharu itu.

Di bawah unjuran itu, gaji asas bagi kumpulan tersebut sedia dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah itu akan dinaikkan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160).

Itu bermakna kenaikan gaji tersebut menunjukkan kenaikan sebanyak 48 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dalam sektor kerja yang sama, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028. – Sinar Harian


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!