Naik GajiGaji naik untuk anggota pentadbiran Sabah. Gaji atau saraan Ketua Menteri, Timbalan, anggota pentadbiran negeri serta ADUN telah dinaikkan setelah diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Berikut adalah senarai saraan setelah mendapat kenaikan serta sebelum naik gaji.

  • Ketua Menteri – RM33,033 (sebelum RM23,595)
  • Timbalan Ketua Menteri – RM29,221.50 (sebelum RM20,872.50)
  • Menteri – RM22,869 (sebelum RM16,335)
  • Pembantu Menteri – RM17,787 (sebelum RM12,705)
  • Speaker DUN – RM22,869 (sebelum RM16,335)
  • Timbalan Speaker DUN – RM17,787 (sebelum RM12,705)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – RM11,130 (sebelum RM7,950)
  • Setiausaha Politik – RM7,623 (sebelum RM5,445)

Usul naik gaji ini telah dicadangkan oleh Ketua Menteri Hajiji Noor dan telah diluluskan dengan suara terbanyak. Ia melibatkan jumlah RM5.6 juta setahun.

Usul yang dibawa Hajiji untuk menaikkan saraan peribadi daripada RM215,280 setahun kepada RM301,392; elaun keraian RM152,490 (RM213,486) dan elaun wilayah RM44,850 (RM62,790) juga diluluskan dengan suara terbanyak. Rujuk FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here