Potong Elaun ADUN, Ahli Parlimen Untuk Akaun Amanah Bencana

1 min


Akaun Amanah Bencana ditubuhkan pihak kerajaan bertujuan menambah perbelanjaan berkaitan pendemik Covid-19.

Seperti yang diumumkan PM, para Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama 3 bulan. Komen-komen di media sosial, elaun Menteri, Timbalan Menteri lagi lumayan, ada yang meminta supaya elaun Menteri dan Timbalan Menteri lebih-lebih lagi yang tidak berfungsi juga dipotong.

Ada yang bukan Menteri dan Timbalan Menteri tetapi mendapat gaji bertaraf Menteri kerana padu sokongan, tak terpotongkah gaji mereka?

Bagaimana pula dengan penegerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pengerusi-pengerusi agensi kerajaan yang berlaba untung, tak terpotongkah juga gaji mereka?

Menurut KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali, penjawat awam akan dipotong sebahagian elaun mereka  sama ada Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) untuk disumbangkan kepada tabung Akaun Amanah Bencana. Elaun penjawat awam akan dipotong antara RM10 sehingga 30 peratus selama 3 bulan bermula bulan ini.

Pengecualian diberikan kepada Penjawat Awam petugas barisan hadapan serta Penjawat Awam Gred 1-28.

Bagaimana pula dengan semua Ahli Parlimen (AP) di seluruh negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh negeri, tak terpotongkah gaji mereka?

Masih belum kedengaran, ia sama ada daripada AP dan ADUN dari pihak kerajaan atau pembangkang.

Dr. Achmad Dzariean, Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia UUM, membuat cadangan supaya semua 222 Ahli Parlimen membuat potongan 30 peratus elaun wakil rakyat mereka. Manakala bagi semua 503 ADUN membuat potongan 20 peratus elaun mereka untuk Akaun Amanah Bencana.

Seterusnya disyorkan, pihak kerajaan menyertakan kepada pihak awam bagi mana-mana yang berminat menyumbang, walaupun kecil, terkumpul tentu menggunung juga nanti. Seterusnya guna sebaik-baiknya untuk mengawal Covid-19 di negara kita.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.