Gaji jururawat namun setaraf gaji doktor pakar. Keadaan yang berlaku selepas jururawat Malaysia khususnya di Johor yang mengambil peluang dengan tawaran gaji lumayan apabila bekerja di Singapura.

Sekiranya situasi ini terus berlaku, Johor berdepan dengan kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon sebagaimana yang dipetik FMT, kemasukan jururawat dari Johor dilihat semakin meningkat setiap tahun walaupun tiada statistik khusus jumlah mereka yang bekerja di sana.

Nilai ringgit yang semakin susut ketika ini juga menjadi faktor tawaran gaji menjadi semakin lumayan apabila berkerja di sana.

Menurut Soon lagi, walaupun jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri Johor sudah 98% diisi namun dilihat masih tidak mencukupi. Ini memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain pembukaan hospital baharu.

Beliau juga berkata satu perbincangan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan diadakan dijangka dalam waktu terdekat bagi penyelesaian masalah terbabit terutamanya kaedah serta tawaran terbaik untuk mengatasinya.

Sejumlah 12,533 jururawat di Johor ketika ini yang membabitkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 lagi berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *