Gaji ADUN-Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut negeri yang diterima setiap bulan berdasarkan laporan akhbar tempatan.
Semalam Datuk Seri Mohamad Hassan, ADUN Rantau, Negeri Sembilan bersetuju menyerahkan semua 6 bulan gaji dan elaun kepad pusat Khidmat DUN. Ia susulan gaji Menteri, Timbalan Menteri serta gaji Penjawat Awam dipotong untuk Akaun Amanah Bencana.
Penyerahan gaji dan elaun dibuat kerana ingin membantu mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19.
Jumlah Gaji ADUN Mengikut Negeri
Jadi berapakah gaji bulanan setiap ADUN di negara ini? Gaji mereka adalah berbeza mengikut negeri di antara RM6,000 hingga RM15,000 sebulan.
Secara keseluruhan, gaji yang dipaparkan adalah berdasarkan kenaikan terkini 2013. Bagi Negeri Sembilan dan Sabah berdasarkan kenaikan pada 2014. Manakala Johor, Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu adalah berdasarkan kenaikan yang berlaku pada 2015.
Gaji tertinggi adalah yang diperolehi oleh ADUN Sarawak iaitu sebanyak RM15,000 sebulan diikuti Pulau Pinang dan Selangor sebanyak RM11,500 sebulan. Kedah, Pahang dan Terengganu, gaji yang diterima adalah RM11,000 sebulan.
Gaji terendah, RM6,000 sebulan diperolehi ADUN bagi negri Perak dan Perlis.
Negeri | Gaji Lama | Gaji Terkini |
Johor | RM5000 | RM9000 |
Kedah | RM4112 | RM11000 |
Kelantan | RM4600 | RM8000 |
Melaka | RM4112 | RM9000 |
Negeri Sembilan | RM4112 | RM8954 |
Pahang | RM4112 | RM11000 |
Perak | RM4112 | RM6000 |
Perlis | RM4112 | RM6000 |
Pulau Pinang | RM6000 | RM11250 |
Selangor | RM6000 | RM11250 |
Sabah | RM5300 | RM7950 |
Sarawak | RM4500 | RM15000 |
Terengganu | RM4112 | RM11000 |
Jumlah ADUN Mengikut Negeri
Berikut pula adalah jumlah ADUN bagi negeri-negeri di Malaysia yang secara keseluruhannya berjumlah 600 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Negeri | Jumlah ADUN |
Johor | 56 |
Kedah | 36 |
Kelantan | 45 |
Melaka | 28 |
Negeri Sembilan | 36 |
Pahang | 42 |
Perak | 59 |
Perlis | 15 |
Pulau Pinang | 40 |
Selangor | 56 |
Sabah | 73 |
Sarawak | 82 |
Terengganu | 32 |
Berdasarkan jumlah gaji dan juga jumlah ADUN bagi setiap negeri, orang ramai berharap mereka juga boleh bertindak sama seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohamad Hassan.
Laporan berita juga menyebut beberapa ADUN dari beberapa negeri juga telah bertindak mendermakan gaji mereka.
Tindakan itu boleh dilakukan lebih-lebih lagi bagi mereka berjawatan dalam kerajaan negeri. Sebagai contoh berikut adalah gaji bagi Menteri Besar dan Exco Selangor.
Pangkat | Gaji |
Menteri Besar | RM29250 |
Ahli EXCO | RM20250 |
Speaker | RM22500 |
Timbalan Speaker | RM15750 |
ADUN | RM11250 |
Nanti ada yang berkata, sebelum ini dah banyak membantu, nak minta dibantu lagi…
0 Comments