Umum mengetahui pemerintah Arab Saudi ketika ini telah menghentikan sementara semua aktiviti ibadah umrah kerana wabak Covid-19 yang masih terus merebak ke sertaa dunia.

Persoalannya adakah aktiviti ibadah haji akan dihentikan juga pada tahun ini? Jwapannya Wallahu A’lam..

Terkait dengan pendemik Covid-19 sehingga terhentinya ibadah umrah, Syeikh Imran Hosein, ulama ahli hadis kelahiran Trinidad 1942 telah membayangkan 16 tahun lalu bahawa virus yang membahayakan kesihatan akan berlaku. Perkara itu disampaikan ketika seminar di Masjid Jama, San Fernando, Trinidad dan Tobago pada 2004.

Ketika seminar itu, Syeikh Imran menukilkan salah satu hadis Nabi dalam Sahih Al-Bukhari, Rasullullah SAW bersabda:

Sungguh pasti akan ada yang berhaji dan ‘umrah ke Baitullah (Ka’bah) setelah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj”. Hadis ini dikuatkan oleh Aban dan ‘Imran dari Qatadah dan berkata, ‘Abdurrahman dari Syu’bah berkata: “Tidak akan terjadi hari akhir (Kiamat) hingga tidak ada yang berhajji ke Baitullah (Ka’bah).” (HR Al-Bukhari No 1490, Kitab Haji).

Ini akan menjelaskan bahawa Ya’juj wa Ma’juj sudah dilepas. Saya akan menjangkakan bahawa ditinggalkan haji akan terjadi. Saya tanya kepada anda, bila? (waktu berlaku)? Bila ibadah Haji akan ditinggalkan, saya ingin bertanya adakah ada yang punya jawapannnya?” tanya Syeikh Imran di hadapan para peserta seminar.

Menurut anda apakah yang menyebabkan ditinggalkannya haji? Seperti apa peristiwa yang menyebabkan ditinggalkannya haji? Ketika perang besar terjadi benar. Ketika Israel melancarkan perang besar yang akan disertai perluasan wilayah negara secara dramatis dan secara bersamaan ‘Concomitant’ bererti terjadi secara bersamaan menyerang USD kemudian jatuh dan seluruh mata wang di dunia turut jatuh, kemudian ekonomi dunia jatuh dan Israel menggantikan Amerika Syarikat sebagai negara adikuasa di dunia.

Perang besar itu berkemungkinan akan mengobarkan semangat muslimin di seluruh dunia. Seperti demam bahawa pemerintah Saudi tidak bisa mengizinkan pelaksanaan haji karena kegiatan haji akan mengancam asas negara Arab Saudi. Dan mungkin mereka akan menggunakan kisah tentang beberapa virus yang membahayakan kesihatan. Lalu WHO mengeluarkan saranan kemudian mereka menangguhkan pelaksanaan Haji. Dan tahun berikutnya mereka melanjutkan ‘penangguhan’ hingga kemudian haji ditinggalkan. Sehingga peritiwa ini terjadi dalam waktu terdekat. Mereka meninggalkan haji yang telah berlangsung selama ribuan tahun.”

Mengulas perkara itu, Syeikh Imran Hosein memberi penjelasan melalui video yang dimuatnaik di Youtube pada 22 Mac lalu.

“Saya tidak pernah mengatakan bahwa haji akan ditinggalkan pada tahun 2020. Itu adalah sampah. Saya akan segera memadam video ini dari saluran Youtube saya. Dengan cara ini saya tidak lagi disalahkan atas apa yang telah dilakukan orang lain untuk salah menggambarkan saya”.

“Video ini, yang dirakam dalam kelas/seminar yang diadakan di Masjid Jama, San Fernando, Trinidad dan Tobago pada 2004 (ketika saya menderita batuk parah yang berlangsung lama). Tidak merujuk pada virus hari ini. Masih terlalu awal bagi kita untuk mengetahui apa yang akhirnya akan terjadi di dunia kerana virus Corona buatan ini. Jika ada orang-orang yang tertanggung kerana mengulang tayang kuliah yang sangat lama ini, kami mohon maaf kepada mereka. Tetapi menarik untuk mengetahui mengapa mereka tersinggung oleh ceramah yang disampaikan 16 tahun yang lalu”.

Kenali Syeikh Imran Hosein?

Beliau dilahirkan di Trinidad di kepulauan Caribbean tahun 1942. Keluarganya berasal dari India. Beliau pernah tinggal di New York selama 10 tahun ketika bertugas sebagai Pengarah Pengajian Islam untuk Jawatankuasa Persatuan Muslim bagi kawasan New York. Beliau merupakan mantan Pengetua Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan.

Beliau telah mengarang lebih dari 12 buah buku dalam topik Islam dan mendapat banyak pengiktirafan. Bahkan buku “Jurusalem dalam Quran-Pandangan Islam terhadap halatuju Jurusalem atau “Jerusalem in the Qur’an-An Islamic View of the Destiny of Jerusalem” telah menjadi buku terlaris dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.

Abul Fahl Mohsin Ebrahim, Profesor Pengajian Islam, Universiti Durban-Westville, Afrika Selatan pernah mengatakan, kebolehan Syeikh Imran merungkai sebab-sebab disebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi bagi golongan Islam karena beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah Al-Quran dan Hadis Nabi dengan meyakinkan.

Sumber : sindonews.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here