Waktu Solat Selangor

    Foto – jais.gov.my

Panduan waktu solat Selangor, penentuan bagi daerah-daerah di negeri Selangor yang dibahagikan kepada tiga zon berpandukan e-Solat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Waktu Solat Selangor – Shah Alam, Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor & Rawang

Kuala Selangor dan Sabak Bernam

Klang & Kuala Langat

Asas Penentuan Waktu Solat

Solat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT telah ditentukan waktu-waktu oleh-Nya. Firman Allah yang bermaksud;

..maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” – Surah al-Nisa’ : 103

Sempadan waktu solat itu dijelaskan secara terperinci melalui hadis Rasullullah SAW. Berikut hadis dari Jabir Ibn Abdillah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud;

Dari Jabir ibn Abdillah dan beliau adalah orang-orang Ansar : “ Jibril a.s telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, dan Beliau berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka Nabi SAW bersolat zuhur ketika matahari telah gelincir. Kemudian datang pula Jibril ketika waktu Asar dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka solatlah baginda SAW ketika panjang bayang menyamai panjang sesuatu objek. Kemudian datang pula Jibril ketika waktu maghrib dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka solatlah baginda SAW ketika matahari telah terbenam. Kemudian datang pula Jibril ketika waktu Isya’ dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka solatlah baginda SAW ketika hilangnya syafaq ( ahmar ). Kemudian datang pula Jibril ketika waktu fajar ( Subuh ) dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka solatlah baginda SAW ketika fajar menyinsing atau katanya ketika fajar telah terbit terang.

Keesokkannya datang pula Jibril ketika waktu Zuhur dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka solatlah baginda SAW ketika ketika panjang bayang menyamai panjang sesuatu objek. Kemudian datang pula Jibril bagi menunaikan solat Asar dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka solatlah baginda SAW ketika ketika panjang bayang menyamai 2 kali ganda panjang sesuatu objek. Kemudian datang pula Jibril untuk menunaikan solat Maghrib seperti masa yang sama kelmarin tanpa ada perubahan. Kemudian datang pula Jibril ketika berlalu 1/2 malam atau katanya 1/3 malam. Maka baginda SAW pun bersolat Isyak. Kemudian datang pula Jibril untuk solat Subuh hari sudah terang dan berkata : “ Bangun dan solatlah!” Maka baginda SAW pun bersolat Subuh. Maka Jibril pun berkata : “ Di antara kedua waktu itu ialah waktu solat.”

Penentuan waktu rukun Islam yang kedua ini adalah berdasarkan kepada matahari sebagai sebagai rujukan (al-Sabab). Oleh itu berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis-hadis nabi, maka ahli-ahli fiqh dan falak membuat ketetapan posisi matahari yang sepadan bagi tanda-tanda bermulanya setiap waktu solat.

Posisi matahari bagi waktu Zuhur  adalah setelah gelincir matahari. Bagi waktu Asar pula adalah panjang bayang adalah sama dengan panjang objek atau tiang. Manakala bagi waktu Maghrib adalah ketika terbenam matahari. Apabila masuk waktu Isyak iaitu apabila hilang Syafaq Ahmar. Seterusnya waktu subuh ditentukan apabila terbit Fajar Sadiq dan waktu Syuruk ditentukan apabila matahari telah terbit.

Begitulah asas penentuannya yang bersumberkan kepada laman Jurufalak.com.

Semoga paparan waktu solat Selangor ini bermanafaat untuk mereka yang berada di Selangor.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *