Kisah yang pernah tular dan menjadi kontroversi sebelum ini, kini wajah comel Tengku Ismail Leon Petra ceria menghiasi akaun Instagram ibunya, Rihana Oksana Gorbatenko.
Ismail dilahirkan pada 21 Mei tahun lalu dan kini berusia setahun 5 bulan. Dia kelihatan ceria dan begitu mesra menjalani kehidupan bersama ibunya Miss Moscow 2016 yang kini berusia 27 tahun.
Berwajah Melayu
Melalui komen-komen di Instagram, ramai yang mengusik dan terusik dengan wajah Ismail Leon. Kata mereka saling tak tumpah berwajah Melayu, kecil-kecil pun handsome orangnya, comel Ismail Leon dan pelbagai lagi.
Allah’s will. Anak saling tak tumpah rupa si ayah. Kesian pada anak yang tak bersalah ini, dibiarkan terkapai² tak tahu apa-apa tanpa dibela hak agamanya 😢 – ainaanadia.razali
Allah maha adil dia ciptakan makhluk kecil ini begitu mirip fathernya jalannya juga mirip similar, wajahnya tak de mirip ibunya. kenikmatan Tuhanmu yang mana lagi kau dustakan😭😍🤗🤔😪 – indaelfida165
Malay look sangat….hepy bthday Leon….jg mummy ya…jd ank soleh…siannye rs Leon mbesar tnp kasih bapa……mg baikx shj ya Leon… – marzita84
Bila tgk lama2 kesian pulak kat baby Leon ni jadi mangsa keadaan 😭 – niknorzaimiahzakaria
Timbul persoalan apabila ramai yang bertanya tentang status agama anak ini. Namun ramai yang berdoa dan berharap Ismail Leon mendapat didikan yang terbaik sebagai seorang muslim.
Namun apabila melihat kepada cara hidup ibunya, ramai netizen ingin mengetahui status agama Rihanna sendiri.
Rihanna hanya pernah menjawab persoalan netizen dengan hanya akan memberi pilihan kepada Ismail Leon untuk memilih yang terbaik apabila besar nanti. Kita hanya mampu sama-sama doakan mudah-mudahan anak ini akan membesar menjadi muslim yang baik.
Perkahwinan Singkat
Kisah menjadi kontroversi kerana perkahwinan Rihana dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam tempoh yang singkat dan sehingga hari ini masih lagi menjadi tanda tanya.
Pasangan itu berkahwin pada bulan Jun 2018 setelah berkenalan pada 2017. Namun Rihana diceraikan pada 22 Jun tahun lalu dengan cerai talak 3. Rihana mendakwa mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet.
Rihana juga pernah memfailkan di mahkamah sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.
0 Comments