Waja Sondol Proton X50 Remuk Teruk, Sebaliknya…

2 min


Proton X50

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Proton X50 telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Oktober lalu dan kini mula berlegar-legar di jalan raya-jalan raya Malaysia.

Sebuah foto yang beredar di internet mendapat perhatian warganet kerana model kereta baru Proton itu telah terlibat kemalangan.

Melalui page Info Roadblock JPJ / POLIS, yang menyatakan kemalangan antara Proton X50 dengan Proton Waja itu berlaku berhampiran AEON Kepong. X50 dikatakan dalam perjalanan ke bilik pameran atau semasa sesi pandu uji.

Kemalangan itu menyebabkan Proton Waja mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan berbanding dengan Proton X50 yang hanya mengalami kerosakan kecil.

Proton X50Ada warganet yang berkata sebenarnya ia sebagai taktik pemasaran oleh pihak Proton untuk menunjukkan ketahanan X50.

“Lain macam teknik pemasaran iklan X50 ni, memang real habis dia punya suntingan efek kemalangan dia tu…. syabas tim pemasaran proton!” tulis Syazwan Saruddin.

“Ok proton x50 lulus segi ketahanan!! Thanks you waja!” tulis Fazly Hassan pula

Proton X50Ada pula yang berseloroh meminta Proton memberi penghargaan kepada pemilik Waja

“Minta pihak proton bagi sebutir x50 kepada pemilik proton waja kerana keberaniannya test ketahanan x50 matap sungguh,” komen Azizul Ismail.

Namun ada yang memberi komen kenapa Waja remuk lebih teruk.

“Biasa ni..mmg semua kereta bahagian depan kerangka agak lembut utk menyerap hentakkan,” tulis FourzeyBon Masato

Fikri Radhi Fuad pula memberi komen, “Di sekolah kelas fizik lagi kita dh diajar tentang hentakan/hentaman. Contohnya mcm kereta, stiap hadapan kereta mmg direka dgn structure yg lembut untuk kurangkn impak kpd driver didalam. Kereta mahal ke murah ke tetap sama. Tak tahu la klau skrng teknologi dh update.

Model yang mencetus fenomena segmen SUV tempatan sehingga mendapat ribuan tempahan ditawarkan pada harga bermula RM79,200 bagi varian Standard.

Manakala bagi varian Executive dengan tanda harga RM84,800, RM93,200 bagi Premium dan varian tertinggi Flagship pula ditawarkan bermula RM103,300.

Enam warna pilihan yang boleh iaitu snow white, jet grey, armour silver, passion red, ocean blue dan citric orange.

Setiap model Proton X50 dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo berbeza dengan model flagship yang didatangkan dengan enjin 1.5 liter TGDI bersama transmisi 7-kelajuan DCT.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.