PasarPengunjung sebuah pasar di bandar Etam, India dapat menyaksikan aksi bertumbuk sekumpulan wanita.

Pergaduhan itu berpunca apabila seorang remaja telah memanggil seorang wanita berusia 40 tahun dengan panggilan ‘aunty’ menyebabkan wanita itu naik angin dan mengganas dengan menyerang remaja tadi.

Menurut The Times of India yang dipetik The Star melaporkan bahawa mangsa yang berusia 19 tahun ingin ‘berbahasa’ dengan mengatakan, “Maaf, aunty” kepada wanita itu ketika dia sedang berjalan melalui jalan yang sesak di pasar Babuganj pada 2 November lalu.

Panggilan itu menyebabkan wanita ‘muda’ itu naik angin serta  melemparkan kata-kata kesat kepada mangsa itu sebelum menamparnya yang menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

Video pergaduhan itu menjadi viral di media sosial menunjukkan orang ramai cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan sebelum campur tangan pihak polis.

Dua wanita dilihat memukul dan menarik rambut wanita yang lebih muda iaitu mangsa yang memakai tudung berwarna biru sehingga terlucut semasa pergaduhan.

Menurut Pegawai Kanchan Katiyar, kedua-dua wanita dan remaja itu dibawa ke balai polis di mana akhirnya mereka mencapai persetujuan untuk tidak membuat aduan rasmi kepada pihak polis.

“Remaja itu memanggil wanita itu ‘aunty’ menyebabkan dia telah marah dan memukul remaja itu. Remaja itu turut membalas pukulan wanita itu.

“Kedua-dua pihak telah dibawa ke balai polis. Kemudiannya, saudara-mara mereka tiba dan mereka menyelesaikan masalah itu di antara mereka,” kata Kanchan.

Pasar Babuganj menjadi pusat aktiviti yang sibuk pada hari menjelang perayaan Hindu Karva Chauth pada 4 November.

Pasar itu terkenal dengan menjual pakaian, aksesori, kosmetik wanita, dan ia adalah destinasi popular bagi pembeli wanita sebagai persediaan untuk perayaan Karva Chauth.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here