Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di rumah sewa di Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor selepas mengalami kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan.
Kecederaan yang dialami gara-gara berang kerana pintu cermin masjid ditutup lalu menumbuknya sehingga pecah.
Memetik laporan FMT, lelaki berusia 28 tahun itu mengamuk di Masjid Taman Scientex berhampiran rumahnya apabila mendapati pintu masjid terkunci selepas Isyak.
Melalui rakaman CCTV mendapati lelaki itu telah menumbuk 2 kali pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah.
Siasatan awal mendapati, kakak lelaki terbabit memaklumkan bahawa adiknya yang merupakan jurutera kimia sebuah syarikat berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu kira-kira enam bulan.
Polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada 7.35 pagi Ahad dan mayat telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah arteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca.
0 Comments