Tular sebuah video yang menunjukkan sebuah Toyota Alphard melanggar peraturan jalan raya dengan memotong kenderaan lain di garisan berkembar.
Malang kerana ia dikatakan membabitkan kereta Toyota Alphard Timbalan Menteri. Lagi malang kerana ia membabitkan Timbalan Menteri berkaitan hal ehwal agama. Malang juga kerana Timbalan Menteri itu dari Pas yang tidak berjaya menunjukkan contoh yang baik.
Lalu ia menimbulkan kemarahan warganet kerana pemandu Toyota Alphard itu tidak sabar dalam kesesakan seperti pemandu lain.
Tentunya menjadi kesalahan memotong di garisan berkembar.
Namun begitu, Min teringat pula semasa menaiki ‘towing’ apabila kereta terbabit kemalangan. Semasa bersembang pemandu ‘towing’ berkata ada ketikanya tidak salah memotong di garisan berkembar apabila dia kelihatan memotong di garisan itu.
Pemandu towing berkata, memotong di garisan berkembar masih tidak menjadi kesalahan sekiranya keempat-empat tayar kenderaan kita semasa memotong kenderaan lain, masih tidak melepasi garisan berkembar itu. Maksudnya masih belum memasuki sepenuhnya lorong bertentangan.
Contoh.. ada kereta yang dipandu hampir dengan bahu jalan, mungkin bermasalah atau baik-baik sahaja tetapi mahu santai-santai, lalu kita memotongnya. Kita memotong kenderaan itu dengan syarat keempat-empat tayar kita belum melepas garisan berkembar tadi.
Jadi maklumat ini adakah benar tidak salah. Bolehlah tanya ‘abam pulis’. Namun bolehlah menjadi ‘modal’ melepaskan diri sekiranya ditahan polis selepas didapati memotong di garisan berkembar dan anda yakin masih belum melepasi sepenuhnya garisan itu.
Namun Toyota Alphard VVIP yang tular itu sememannya keempat-empat tayarnya melepasi garisan berkembar, juga terdapat kenderaan dari arah hadapan. Tentulah salah kan…
Tapi VVIP Timbalan Menteri, apalah sangat dengan kompaun RM300!!
0 Comments