TH Khairat atau Khairat Kematian Tabung Haji adalah pelan perlindungan Takaful yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji khas untuk pendeposit TH. Skim perlindungan yang semakin popular kerana dengan hanya RM0.30 sehari, ia memberi manfaat besar kepada waris iaitu mendapat perlindungan sehingga RM96,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Dengan caruman hanya RM28 setahun, peserta boleh menikmati perlindungan asas sehingga RM12,000 bagi setiap sijil. Ini menjadikan TH Khairat antara pelan perlindungan paling mampu milik di Malaysia, sesuai untuk individu yang mahu perlindungan asas tanpa komitmen kewangan tinggi.

Kelebihan TH Khairat

Antara kelebihan utama TH Khairat ialah konsep patuh syariah dan pengurusan yang mudah. Caruman akan ditolak secara automatik daripada akaun Tabung Haji setiap tahun. Peserta juga boleh memilih untuk menyumbang sebahagian manfaat sebagai infaq kepada badan kebajikan terpilih.

Selain itu, peserta dibenarkan memiliki lebih daripada satu sijil. Ini bermaksud jumlah perlindungan boleh ditingkatkan mengikut keperluan, menjadikannya fleksibel untuk perancangan kewangan jangka panjang.

Perlindungan TH Khairat

Anda boleh melanggan 1 pelan RM28 dan mendapat perlindungan kematian dan keilatan RM12,000.

Anda boleh mengambil sehingga 4 pelan perlindungan dengan 4 transaksi Thijari dengan dua pengendali Takaful dan mendapat manfaat sehingga RM48,000. Sekiranya meninggal di Tanah Suci semasa mengerjakan haji, manfaat digandakan 2 kali, waris akan menerima RM96,000 dengan penyertaan 4 pelan dengan bayaran RM112 setahun.

Banyak jumlah manafaatnya kan? Dengan hanya 31 sen sehari!

Syarat Kelayakan

Untuk menyertai TH Khairat, anda perlu:

  • Mempunyai akaun Tabung Haji aktif
  • Berumur antara 30 hari hingga 65 tahun
  • Mempunyai baki mencukupi untuk pembaharuan tahunan

Perlindungan ini sangat sesuai untuk keluarga muda, individu bekerja sendiri, serta mereka yang mahu perlindungan tambahan selain Takaful sedia ada.

Kenapa Perlu Ambil TH Khairat?

Dalam situasi tidak dijangka, beban kewangan boleh menjadi cabaran besar kepada waris. Dengan TH Khairat, sekurang-kurangnya ada bantuan segera untuk menampung kos asas seperti pengurusan jenazah dan keperluan keluarga.

Secara keseluruhan, TH Khairat ialah pilihan bijak bagi pendeposit Tabung Haji yang mahukan perlindungan murah, mudah, dan patuh syariah. Dengan kos rendah tetapi manfaat tinggi, ia sangat berbaloi sebagai perlindungan asas untuk masa depan keluarga.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Soal Jawab TH Khairat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here