
Tarikh pembayaran Bantuan Budi Madani Diesel 2026, iaitu bantuan tunai RM200 setiap bulan kepada golongan yang layak seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan subsidi diesel bersasar, yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup, khususnya pemilik kenderaan diesel dan pengusaha sektor pertanian berskala kecil serta sederhana.
Tarikh Pembayaran Bantuan Budi Madani Diesel 2026
Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak. Barikut adalah tarikh pembayaran Budi Madani berdasarkan permohonan yang telah dibuat.
TARIKH PERMOHONAN | TARIKH PEMBAYARAN |
1 – 31 Januari 2026 | 10 Februari 2026 (Selasa) |
1 – 28 Februari 2026 | 6 Mac 2026 (Jumaat) |
1 – 31 Mac 2026 | 8 April 2026 (Rabu) |
1 – 30 April 2026 | 8 Mei 2026 (Jumaat) |
1 – 31 Mei 2026 | 9 Jun 2026 (Selasa) |
1 – 30 Jun 2026 | 8 Julai 2026 (Rabu) |
1 – 31 Julai 2026 | 7 Ogos 2026 (Jumaat) |
1 – 31 Ogos 2026 | 8 September 2026 (Selasa) |
1 – 30 September 2026 | 8 Oktober 2026 (Khamis) |
1 – 31 Oktober 2026 | 6 November 2026 (Jumaat) |
1 – 30 November 2026 | 8 Disember 2026 (Selasa) |
1 – 31 Disember 2026 | 8 Januari 2027 (Jumaat) |
Siapa Yang Layak Terima Bantuan Ini?
Budi Individu (Pemilik Kenderaan Diesel)
Anda layak memohon sekiranya:
- Warganegara Malaysia
- Pemilik kenderaan diesel persendirian berdaftar dengan JPJ
- Cukai jalan kenderaan masih sah
- Pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000
- Kenderaan diesel mewah berusia bawah 10 tahun tidak layak
Budi Agri-Komoditi (Petani & Pengusaha Pertanian)
Layak untuk:
- Petani atau peladang berdaftar dengan agensi kerajaan berkaitan
- Pendapatan tahunan hasil pertanian RM50,000 hingga RM300,000
Cara Mohon Bantuan Budi Madani Diesel
Bagi mereka yang layak atau ingin memeriksa kelayakan serta ingin membuat permohonan, anda boleh mendaftar di sini.
1️⃣ Semak kelayakan pemohon
2️⃣ Daftar atau kemas kini maklumat peribadi
3️⃣ Pastikan akaun bank aktif dan betul
4️⃣ Tunggu pengesahan dan bayaran dikreditkan
Setakat ini, permohonan dibuka sepanjang masa dan tiada tarikh akhir. Selepas permohonan diluluskan, bayaran RM200 akan dikreditkan secara automatik setiap bulan mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh kerajaan.
Pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh akhir bulan supaya tidak tertangguh kepada bulan seterusnya.
Bila Perlu Buat Permohonan Semula / Kemas Kini?
Pemohon hanya perlu kemas kini atau mohon semula jika berlaku perkara berikut:
- Tukar akaun bank
- Tukar / jual kenderaan diesel
- Perubahan pendapatan (melebihi had kelayakan)
- Status pertanian berubah / tidak aktif
- Permohonan sebelum ini ditolak
Selamat memohon dan berdiesel percuma!!
0 Comments