
Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan khas penjawat awam atau Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 dan RM250 untuk semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
“Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Merujuk kepada Gred 56 yang dinyatakan, berdasarkan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ia adalah Gred 15.
Lebih 70,000 guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja serta marbut serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh negara juga bakal mendapat imbuhan duit raya tersebut yang berjumlah RM250.
Tarikh bantuan khas penjawat awam itu akan disalurkan bersamaan dengan tarikh gaji penjawat awam iaitu pada Isnin ini, 24 Mac 2024.
Penyaluran BKK Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan mencecah RM1 bilion.
Tidak ketinggalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga akan diagihkan mulai Isnin, 24 Mac ini dan peruntukan mencecah RM1.7 bilion.
0 Comments