Tangkap, Reman Kerana Solat Aidiladha, Warganet Bimbang Murka Allah

2 min


Tindakan menahan reman sekumpuan warga Bangladesh dan seorang rakyat tempatan kerana melaksanakan solat Aidiladha melebihi jumlah yang dibenarkan, di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru dianggap melampau oleh pengguna media sosial.

Laporan media hari ini memaparkan sekumpulan warga asing berpakaian oren dan digari beramai-ramai menuruni kenderaan polis.

Memetik laporan Malaysia Dateline, seorang pengguna Facebook, Omar Mo Elbariti berkata dia bimbang dengan murka Allah dengan keadaan ini.

“Bagi saya, melampau bila mereka diperlakukan begini hanya kerana solat raya di luar surau. Melainkan Menteri Besar Kedah dan menteri-menteri juga alami pengalaman yang sama.

“Apa yang saya bimbang, jika ulama dan mufti diam, Allah murka. Bukan lagi soal ‘double standard’ SOP tapi ‘double face before’ Allah.

“Dia orang langgar prosedur operasi standard (SOP) manusia tapi menghadap Allah menyerah jiwa raga.

“Yang tu langgar makan durian apa hal? Langgar mengetuk-ngetuk dashboard Ford apa mulianya?,” soal Omar.

Mereka berusia antara  20 hingga 43 tahun ditahan reman 4 hari manakala warga tempatan berusia 64 tahun direman 3 hari.

Mereka disiasat menurut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kita boleh bersetuju dengan apa yang diperkatakan Omar Mo Elbariti.

Mereka hanya bersolat. Kenapa direman sehingga 4 hari? Bukankah boleh menambah beban tugas polis. Apabila mereka sudah disah melakukan kesalahan, tidak bolehkah mereka terus dikompaun seperti terus mengeluarkan kompaun kepada anak muda penziarah kubur sebelum ini.

Oleh itu, kita cuma ingin bertanya, bagaimana pula dengan tindakan Yang Berhormat, individu berkumpul untuk menjamu durian sebelum ini.

Melalui laporan media 29 Jun lalu, pihak polis akan memanggil wakil rakyat dan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul dan dipercayai memakan durian di sebuah kebun sebelum ini.

Menurut polis mereka akan disiasat menurut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Apakah mereka sudah dipanggil? Sudah disiasatkah? Bergarikah mereka dengan memakai baju oren untuk mendapat tahanan reman?

Patutlah rakyat marah, double standard lagi!


Like it? Share with your friends!

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!