Soalan Matematik SPM Kertas 2 tahun 2021. Galeri di bawah adalah keseluruhan helaian soalan sebenar Matematik Kertas 2 dengan kod soalan 1449/2 bagi tahun 2021, yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan bagi tahun tersebut.
Mengikut helaian soalan, muka surat 1 adalah muka hadapan soalan, muka surat 2 hingga 5 adalah formula-formula yang disediakan bagi memudahkan calon-calon menjawab. Manakala soalan-soalan dan lampiran jawapan bermula pada muka surat 5 hingga muka surat 41.
Sebagai panduan, format soalan yang digunakan adalah sama sehingga kini di mana ia mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Matematik Kertas 2 SPM
Bahagian A soalan ini mengandungi 10 soalan dan calon-calon diminta untuk menjawab semua soalan dengan peruntukkan sebanyak 40 markah. Manakala Bahagian B mengandungi 5 soalan dan calon-calon juga dikehendaki menjawab kesemuanya. Markah yang diperuntukkan sebanyak 45 markah. Seterusnya Bahagian C mengandungi 2 soalan, hanya jawab 1 soalan dengan peruntukkan markah sebanyak 15 markah.
Anda boleh mengklik setiap muka surat untuk mendapat paparan penuh setiap helaian.
Galeri 1 (MS1 – MS21)
Galeri 2 (MS22-MS41)
Semoga paparan soalan ini boleh dijadikan panduan bagi calon-calon yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Boleh juga dibincangkan bersama guru anda. Bagi guru-guru pula, soalan Matematik SPM ini boleh dibincangkan bersama pelajar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana skema soalan tidak disediakan😊
Berikut adalah Kertas 1 Soalan Matematik SPM bagi tahun yang sama. Boleh dapatkan contoh-contoh Soalan Matematik SPM sebagai latihan anda.
Pihak kami hanya mendoakan anak-anak pelajar, calon-calon SPM agar mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah usaha terbaik, hasilnya terbaik!!
0 Comments