Analisa soalan Biologi SPM Kertas 2 2024. Analisa yang dibuat adalah berdasarkan kepada soalan-soalan percubaan Biologi SPM 2024. Ini kerana setiap negeri mengeluarkan soalan percubaan masing-masing dan setiap negeri juga mempunyai panel pembina soalan mereka sendiri. Mereka tentu akan memilih dan membina soalan-soalan yang dirasakan boleh keluar untuk tahun semasa iaitu 2024. Soalan-soalan yang telah keluar pada dua tiga tahun kebelakang tidak dipilih kerana berkemungkinan tidak akan keluar untuk tahun ini.
Perhatikan analisa di bawah. Bahagian melintang adalah untuk nombor soalan dan bahagian menegak adalah soalan yang dikeluarkan setiap negeri. T adalah untuk Tingkatan 4 atau 5, manakala B adalah ‘Bab’ yang ke berapa.
Perinciannya adalah seperti berikut:
Tingkatan/Bab | Negeri |
T4B2 | Terengganu, Perak, N9, Selangor 1, SBP, MRSM |
T4B3 | Pahang |
T4B4 | Terengganu, Perak, N9, Selangor 1, SBP, MRSM |
T4B5 | Kelantan, Melaka, Kedah, Pahang, SBP |
T4B6 | Terengganu, Kelantan, Pahang, SBP |
T4B7 | Perak, Kedah, Selangor 1, Selangor 2, SBP, MRSM |
T4B8 | Pahang, N9 |
T4B9 | Selangor 1, SBP |
T4B10 | Melaka, Kedah, N9, Selangor 1, Selangor 2, SBP |
T4B11 | Terengganu, MRSM |
T4B12 | Terengganu, Kelantan, Melaka, Kedah, Pahang, N9, Selangor 1, Selangor 2, SBP, MRSM |
T4B13 | Kelantan, Perak, N9 |
T4B14 | Terengganu |
T4B15 | Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, Pahang, N9, Selangor 1, Selangor 2, MRSM |
T5B1 | Perak, N9, Selangor 1, Selangor 2 |
T5B2 | Terengganu, Melaka, Perak, Kedah, Pahang, Selangor 1, Selangor 2, SBP, MRSM |
T5B3 | N9, MRSM |
T5B4 | Perak, Melaka, Selangor 2 |
T5B5 | – |
T5B6 | Kelantan |
T5B7 | Kelantan |
T5B8 | Terengganu, Kelantan, Melaka, Kedan, Selangor 1, Selangor 2, SBP, MRSM |
T5B9 | Kelantan, Melaka, Kedah, Pahang, N9 |
T5B10 | Perak, Kedah, Pahang, N9, Selangor 1, SBP |
T5B11 | Terengganu, Kelantan, Melaka, Perak, Kedah, Pahang, N9, Selangor 1, Selangor 2, SBP, MRSI |
T5B12 | – |
T5B13 | Terengganu, Kelantan, Perak, MRSM |
Oleh itu analisa yang dibuat untuk soalan Biologi SPM 2024 adalah berdasarkan kepada ‘target’ setiap negeri. Apabila banyak negeri yang ‘spot’ bab tersebut, makanya bab tersebutlah yang perlu diberi perhatian lebih mendalam. Sekiranya tiada yang ‘spot’ janganlah ditinggalkan terus, bersedia juga ya, menangis awak nanti!
Ini adalah yang analisa yang dibuat dan bersumberkan Channel SRSFeqah. Khabarnya hebat cikgu ni, terima kasih cikgu!!
0 Comments