
Pelepasan cukai 2024. Ketika ini anda mungkin sibuk mengemas kini e-faling untuk tafsiran cukai bagi tahun 2024. Borang e-Failing(e-BE) perlu dikemukakan dan cukai perlu dilunaskan sebelum 30 April 2025 melalui https://mytax.hasil.gov.my bagi mengelakkan penalti yang akan dikenakan.
Berikut adalah senarai pelepasan cukai bagi pembayar cukai individu pemaustatin tetap bagi tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pelepasan Individu |
---|
-Individu dan Saudara Tanggungan (RM9,000) -Suami/ Isteri/ Alimoni Kepada Bekas Isteri (RM4,000) -Individu Kurang Upaya (RM6,000) -Suami atau Isteri Kurang Upaya (RM5,000) -Yuran Pengajian Diri Sendiri (RM7,000) |
Gaya Hidup dan Perubatan |
---|
-Perbelanjaan Perubatan Individu/ Pasangan/ Anak (RM10,000) – Termasuklah Rawatan Kesuburan untuk Diri/Pasangan -Perbelanjaan Diagnosis dan Rawatan untuk Kurang Upaya Pembelajaran (RM4,000) -Pembelian Kit Ujian Kendiri Covid-19 dan Pemeriksaan Perubatan Penuh (RM1,000) -Perbelajaan untuk Rawatan Vaksinasi (RM1,000) -Perbelanjaan Pemeriksaan & Rawatan Pergigian daripada Pengamal Pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (RM1,000) -Pembelian Peralatan Penyusuan (RM1,000) -Peralatan Alat Sokongan Asas untuk Individu/ Suami/ Isteri/ Anak/ Ibubapa/ OKU (RM6,000) -Gaya Hidup (RM2,500) -Tambahan Gaya Hidup Berkaitan Aktiviti Sukan (RM1,000) -Rawatan Perubatan Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa (RM8,000) |
Pelepasan Anak |
---|
-Anak Berumur Bawah 18 Tahun (RM2,000) -Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar Sepenuh Masa (RM2,000) -Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar di IPT (RM8,000) -Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/ Tadika Berdaftar (RM3,000) -Anak Kurang Upaya (RM6,000) -Tambahan Bagi Anak Kurang Upaya (RM8,000) |
Caruman, Sumbangan dan Lain-Lain |
---|
-PERKESO/ Skim Insuran Pekerjaan (RM350) -Skim Persaraan dan Anuti Tertangguh (RM3,000) -SSPN Tabung Bersih (RM8,000) -Insuran Nyawa dan KWSP (RM7,000) -Insuran Pendidikan dan Perubatan untuk Individu/ Pasangan/ Anak (RM3,000) -Pemasangan/ Sewaan/ Pembelian Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik Bagi Kegunaan Sendiri (RM2,500) |
Dengan pelepasan cukai 2024, mungkin ada lebihan, iaitu baki potongan gaji berjadual (BCL) yang telah dibuat kepada LHDN.
Lebih cepat selesaikan e-Filing, lebih cepatlah dapat lebihannya lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri yang bakal tiba.
0 Comments