Pasukan kebangsaan Argentina selaku juara Piala Dunia 2022 di Qatar akan menerima wang hadiah sebanyak AS42 juta atau sekitar RM185 juta. Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 setelah mengalahkan Perancis pada perlawanan akhir pada Ahad, 18/12/2022.
Perlawanan Argentina-Perancis yang berlangsung di Stadium Lusail berakhir dengan jaringan 4-2 menerusi sepakan penalti. The Athletic melaporkan jumlah hadiah yang akan diterima oleh Lionel Messi adalah sebanyak US4 juta lebih daripada yang diperoleh Perancis apabila memenangi Piala Dunia 2018.
Sementara itu, Perancis selaku naib juara Piala Dunia 2022 akan menerima hadiah AS30 juta atau bersamaan RM132 juta. Manakala Croatia, yang menduduki tempat ketiga, akan menerima AS27 juta (sekitar RM119 juta).
Sementara itu, Maghribi, yang menamatkan perjalanannya di Piala Dunia 2022 di tempat keempat selepas tewas kepada Croatia, membawa pulang AS25 juta atau sekitar RM110 juta.
FIFA turut memberikan hadiah wang kepada pasukan lain yang menyertai Piala Dunia 2022. Sebanyak 16 pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan mendapat RM9 juta dolar atau sekitar RM39 juta.
Hadiah AS13 juta dolar akan diberikan kepada lapan pasukan yang berhenti pada pusingan 16 dan AS17 juta dolar kepada pasukan yang tewas pada suku akhir tersebut.
Pembahagian wang hadiah Piala Dunia 2022 adalah seperti berikut:
- Juara : AS42 juta (sekitar RM185 juta)
- Naib Juara : AS30 juta (sekitar RM132 juta)
- Tempat ketiga: AS27 juta (sekitar RM119 juta)
- Tempat keempat: AS25 juta (sekitar RM110 juta)
- Suku akhir: AS17 juta (sekitar RM75 juta)
- Pusingan 16: AS13 juta (sekitar RM57 juta)
- Peringkat kumpulan: AS9 juta (sekitar RM39 juta)
0 Comments