
Saat ini temasya sukan terbesar dunia sedang berlangsung di Paris dan pastinya pingat emas Olimpik akan menjadi buruan setiap mereka yang bertanding. Begitu juga dengan atlet-atlet dari negara kita Malaysia.
Malaysia belum pernah memenangi sebarang pingat emas sejak penyertaan pertama di sukan Olimpik bermula di Melbourne 1956. Pingat pertama hanya diperolehi Malaysia semasa temasya Olimpik Barcelona 1992 menerusi acara badminton. Beregu Razif dan Jailani Sidek berjaya menyumbang pingat gangsa pertama Olimpik buat Malaysia.
Bagi atlet yang berjaya merangkul pingat terutamanya pingat emas, ganjaran teramat lumayan menanti mereka.
Senarai Hadiah
Berikut senarai hadiah bagi pemenang pingat emas Olimpik 2024.
- Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) RM1,000,000
- Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat RM5,000
Berikut pula hadiah tajaan yang dijanjikan, dibahagi sama rata jika lebih seorang pemenang
- Yinson Holdings Berhad – RM1,000,000
- Matrix Concepts Holdings Berhad – RM500,000
- MJ Health Screening Centre – RM500,000
- redONE Mobile – RM1,000,000 (secara ansuran 120 bulan) dan menjadi duta redONE selama empat tahun sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028
- Senheng New Retail Bhd – RM1,000,000 tambahan kepada Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie (Program Bakat Badminton SS dari 2012-2016)
- Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove serta pemilik Top Residency – RM1,000,000 (Nilai pangsapuri mewah di Setia Alam)
- Chery Malaysia – Hadiah kenderaan utiliti sukan (SUV)
Fuhh.. begitu lumayan hadiah yang bakal diperolehi sekiranya 26 atlet Malaysia yang bertanding berjaya membawa pulang pingat emas.
Selain insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) RM1,000,000 untuk pemenang pingat emas, pemenang pingat perak memperolehi RM300,000 dan gangsa RM100,000. Begitu juga Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan, pemenang pingat perak akan memperolehi RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.
10 Senarai Teratas Ganjaran Pingat Emas Olimpik
Berikut merupakan 10 negara menduduki tempat teratas dari segi ganjaran tunai kepada pemenang pingat emas.
- Hong Kong – AS$768,000 (RM3.58 juta)
- Israel – AS$275,000 (RM1.28 juta)
- Serbia – AS$218,000 (RM1.014 juta)
- Malaysia – AS$214,000 (RM997,000)
- Itali – AS$196,000 (RM912,000)
- Lithuania – AS$182,000 (RM847,000)
- Moldova – AS$171,000 (RM796,000)
- Latvia – AS$155,000 (RM722,000)
- Hungary – AS$154,000 (RM717,000)
- Bulgaria – AS$139,000 (RM647,000)
Sehingga berakhirnya Olimpik Paris 11 Ogos 2024 ini, adalah diharapkan atlet-atlet Malaysia mampu menyumbang pingat terutamanya pingat emas setelah bertahun-tahun Malaysia mengidamkannya…
0 Comments