‘Saya Sumpah Dengan Nama Allah” – Nini Pertahan Dakwaan MB Pandu Uji 14 Minit

2 min


Pandu Uji
– Nini Siron

Tersebar dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor bersama dua pembantu melakukan pandu uji Ford Ranger apabila singgah di Juru Auto City, Sabtu lalu.

Susulan dakwaan itu MB membuat kenyataan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Namun pembantu pula ‘sibuk-sibuk’, menurut pembantu MB, MB masuk R&R Juru untuk membeli makanan sebelum meneruskan perjalanan. Katanya, kebetulan tempat membeli makanan berdekatan dengan pusat showroom Ford.

Lalu ada yang membuat ‘penyiasatan’, bahawa jarak pusat showroom Ford dengan kedai makan berdekatan adalah 143 meter. Mereka bertanya, adakah dekat jarak tersebut?

Pandu Uji
– MalaysiaDateline

Kali ini Nini Siron, 36 yang membuat dakwaan itu tampil membuat kenyataan umum. Ini kerana dia dan keluarga mendapat kecaman warganet yang tentunya penyokong MB mengatakan dia sengaja membuat fitnah.

Ini kerana mereka menyebarkan gambarnya, suami, anak serta kakaknya supaya mereka sekeluarga dikecam. Suaminya yang juga seorang jurujual kereta turut dikecam dan terpaksa menyahaktifkan page apabila ada yang  menyebarkan nombor telefon dan gambar pelanggan.

Menurutnya, dia menjadi mangsa buli siber kerana telefonnya tidak henti berdering dengan panggilan dan pesanan daripada orang yang tidak dikenali.

Pandu Uji
– FMT

Apabila mendapat banyak kecaman serta berkata dia sengaja membuat fitnah apabila memadam post berkenaan, wanita itu bertegas bahawa dia tidak memadamkannya tetapi mengubah tetapan hanya friend yang boleh melihatnya.

Nini Siron tetap mempertahankan dakwaannya, bahawa MB Kedah melanggar SOP kerana melakukan pandu uji bersama pembantu dan jurujual kekita perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pandu uji itu berlaku sekitar 14 minit. Beliau yakin itu MB Kedah setelah MB itu menanggalkan pelitup mulka selama kira-kira 2 minit sebelum memakainya semula. Selepas itu Nini melihat MB dan pembantu menaiki kereta dengan nombor pendaftaran KEP 5000 dengan tulisan “Menteri Besar Kedah”.

Setelah itu dia bertanya jurujual, bukankah menjadi kesalahan pandu uji semasa PKP. Jurujual itu hanya menjawab, bagaimana saya mahu cari makan.

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa ia betul-betul berlaku,” katanya kepada FMT.

Dia bertegas dengan dakwaan tersebut kerana mempunyai gambar dan juga video yang telah pun diserahkan kepada pihak polis., setelah laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Polis kini sedang membuat siasatan tentang dakwaan tersebut.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.