Membancuh susu formula menggunakan air minuman menjadi lebih mudah dengan adanya penapis air di setiap rumah sama ada Coway atau Cuckoo serta seangkatannya. Inginkan panas, inginkan sejuk semuanya ada.
Bagaimana pula membancuh susu formula menggunakan air mineral. Kebiasaan yang dilakukan ibu bapa iaitu membancuh dengan menggunakan air mineral terutamanya apabila dalam perjalanan. Lebih mudah kan!
Namun, rupa-rupanya membancuh susu formula dengan menggunakan air mineral tidak baik untuk anak-anak kita.
Kepekatan Bahan Terlarut Yang Lebih Tinggi
Memetik pandangan pakar, UK Department of Health, air mineral semula jadi tidak sesuai digunakan untuk membancuh susu formula. Hal tersebut adalah kerana air mineral boleh mengandungi kepekatan bahan terlarut yang lebih tinggi seperti natrium, nitrat, fluorida dan sulfat.
Kandungan tersebut menjurus beban terlebih larut jika ia diberikan kepada bayi. Manakala bagi air paip yang diminum setiap hari iaitu yang dimasak terlebih dahulu hanya mengandungi klorin dan fluorida. Semua mineral pula dikeluarkan ketika proses rawatan.
Berbalik kepada air mineral pula, walaupun kompisisi air mineral telah berubah, mineral tambahan tidak ditambah mahupun dihilangkan darinya.
Oleh itu, Jabatan Kesihatan juga menyarankan supaya ibu bapa memeriksa label pada botol terlebih dahulu.
Mereka menyarankan agar ibu bapa tidak menggunakan air dalam botol yang dilabel sebagai ‘air mineral semula jadi‘ kerana tidak mencapai tahap piawaian air paip dan lain-lain minuman botol serta tidak sesuai untuk bayi serta anak-anak yang masih menyusu.
Sementara itu, air minuman yang tidak dilabel sebagai air mineral didapati mematuhi piawain asas sama seperti bekalan air paip dan boleh digunakan untuk bancuhan susu formula tadi.
Satu lagi pastikan susu formula terbaik untuk anak-anak..
0 Comments