Asalnya BERNAS itu adalah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Apabila dasar penswastaan dilaksanakan, pada tahun 1996 LPN menjadi Padiberas Nasional Berhad iaitu BERNAS.
PM10 pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia. Mungkin sebab itu, tiba-tiba diberitakan BERNAS peruntuk RM50 juta kepada petani,
BERNAS adalah satu-satunya pihak yang diberi hak mengimport beras oleh kerajaan, melainkan anda import secara haram melalui Sungai Golok.
Kenapa BERNAS menjadi begitu istimewa sehingga menjadi pihak yang memonopoli pengimpotan beras. Ini kerana imbalan terhadap tanggungjawab sosial yang perlu dilakukannya. Tanggungjawab dengan keluar belanja sendiri, kerajaan sudah lepas tanggungjawab kepada BERNAS.
Apakah tanggungjawab tersebut? Tanggungjawab itu terbahagi kepada 3 cabang utama:
(a) cabang pertama mengandungi 5 tanggungjawab sosial berkenaan gerak kerja bagi jaminan makanan negara (national food security), kebajikan pesawah dan kebajikan pengilang padi Bumiputera;
(b) cabang kedua pula berkenaan gerak kerja bagi menjamin kebajikan rakyat Malaysia amnya sebagai konsumer beras dalam bentuk kawalan harga, kecukupan bekalan dan jaminan kualiti beras;
(c) manakala cabang ketiga berkenaan jaminan kepada Kerajaan bahawa setiap gerak kerja dalam cabang pertama dan kedua itu dijalankan tanpa menjejaskan kepentigan Kerajaan.
BERNAS mengambil-alih tanggungjawab yang asalnya adalah tanggungjawab kerajaan Kerajaan Persekutuan di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Kawalan Padi dan Beras, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
Rasional monopoli tersebut agar BERNAS mampu mengimbangi pasaran, mengawal harga padi dan beras pada kadar yang tidak terlalu murah hingga menjejaskan pendapatan pesawah dan dalam masa yang sama, tidak terlalu mahal sehingga membebankan rakyat untuk mendapatkan bekalan makanan ruji mereka.
Untuk penjelasan lebih terperinci sila ke Malaysia Gazette. Untuk dapatkan beras harga terbaik, klik
Kini, adakah keistimewaan BERNAS akan berakhir?
0 Comments