KWSPPencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada yang tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan sebelum ini.

Ini kerana pihak kerajaan hanya akan membenarkan pencarum mengeluarkan RM500 sebulan dari Akaun 1 selama 12 bulan sedangkan ramai yang meminta supaya dapat mengeluarkan sebanyak RM1000 sebulan selama 10 bulan iaitu kira-kira RM10,000.

Rungutan-rungutan pencarum di ruangan-ruangan komen juga meminta agar kerajaan membenarkan mereka mengeluarkan RM10,000 secara sekaligus supaya dapat dijadikan modal untuk memulakan perniagaan.

Ada yang merungut “nak mengeluarkan duit sendiri pun susah”. Rungutan yang datang daripada mereka yang mempunyai simpanan yang lebih banyak, mungkin!

Sukar hendak mengeluarkan duit sendiri!! Puncanya kerana sejumlah besar pencarum tidak mempunyai simpanan yang tidak mencukupi, bahkan apabila terus dibenarkan keluar, makin berkuranglah simpanan dan bertentangan dengan hasrat penubuhan KWSP sendiri.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mendedahkan sebahagian besar pencarum KWSP iaitu kira-kira 42 peratus mempunyai baki simpanan di bawah RM5,000.

Daripada 42 peratus, data menunujukkan 32 peratus pencarum mempunyai baki Akaun 1 secara purata sebanyak RM1,000, manakala 10 peratus lagi mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM5,000. Rujuk BH.

KWSP juga sebelum ini memaklumkan bahawa 71 peratus pencarum aktif mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka.

Menurut Alizakri Alias, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, kajian itu akan menunjukkan 71 peratus pencarum akan hanya mempunyai RM208 sebulan sekiranya mempunyai 20 tahun kehidupan selepas bersara. Jumlah itu merujuk kepada baki RM50,000 simpanan, belum dikira RM10,000 jika dikeluarkan. Rujuk MG

Sebelum ini KWSP membenarkan pencarum membuat pengeluaran i-Bestari melalui Akaun 2 iaitu sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan. Itu kira-kira 2.8 juta pencarum tidak dapat memanafaatkan peluang itu kerana didapati tidak mempunyai simpanan mencukupi.

Sekiranya begitu, apa kata kerajaan membenarkan pengeluaran fleksibal dilaksanakan. Bagi mereka yang mempunyai simpanan yang lebih banyak dalam jumlah tertentu dalam Akaun 1 dibenarkan pengeluaran RM1000 sebulan, kurang dari jumlah yang ditetapkan Rm500 sebulan iaitu bagi yang mempunyai simpanan kurang.

Sebagai makluman, duit yang dipotong dari pencarum dan majikan akan ‘dibedak’ 70 peratus untuk Akaun 1 manakala 30 peratus lagi untuk Akaun 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here