Peningkatan mendadak harga minyak masak memberi kesan kepada pengguna terutamanya golongan yang berpendapatan rendah apatah lagi kesukaran mendapat minyak masak paket bersubsidi. Khabarnya mereka yang berada di selatan Thailand lebih mudah mendapatkannya.
Agar lebih jimat, ada yang membuat catuan minyak masak mereka dan ada yang menggunakannya secara berulang kali.
Tindakan tersebut mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM). Mereka menasihatkan orang ramai serta peniaga tidak menggunakan minyak masak berulang kali.
Menurut laman rasmi Jabatan itu, minyak masak tidak boleh digunakan melebihi tiga kali kerana tindakan itu boleh mengaktifkan kanser di dalam badan.
“Semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
“Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Ini merupakan bahan bahaya penyebab kanser.
“Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Keradangan ini menyebabkan penyakit jantung, strok, masalah kegemukan dan kencing manis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut PHM lagi, keadaan minyak masak terpakai yang agak berasid akan menyebabkan tekak mudah berasa perit dan pedih.
“Jika anda perasan, selepas makan makanan bergoreng yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih. Ini adalah kerana keadaan berasid minyak masak terpakai.
“Kalau boleh elakkan penggunaan minyak masalah lebih 3 kali. Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain.”
Mungkin pengguna akan cuba-cuba untuk mengikuti nasihat tersebut.
Bagaimana pula dengan peniaga?? Biasanya yang kita lihat sehingga ‘gelap’ minyak masak mereka akibat berulang kali digunakan. Mereka tahu tambah sahaja apabila kurang ke dalam minyak sedia ada, cuba perhatikan!
0 Comments