Sebuah Proton Saga Knight berjaya memenangi memenangi hadiah utama ‘Hagerty Festival of the Unexpectional’, pertandingan kereta klasik di United Kindom hujung minggu lalu.
Kereta Proton Saga 1.5GL Black Knight 1989 yang berusia hampir 40 tahun itu berjaya mengalahkan 49 pesaing lain untuk memenangi hadiah utama. Pertandingan itu berlangsung di perkarangan Istana Grimsthorpe di Lincolnshire, dianjurkan oleh firma insurans kereta klasik Hagerty.
Pemiliknya Jon Coupland yang merupakan seorang anggota polis berusia 30 tahun itu memberitahu Hagerty bahawa dia tidak menyangka akan memenangi tempat pertama dalam acara itu.
“Saya menjadi peminat kereta ketika masih muda dan hanya boleh memiliki model Proton ini pada tahun 2019. Sebelum ini, saya tidak pernah mengunjungi festival ini,” katanya.
Festival of the Unexceptional merupakan pertandingan yang meraikan kereta harian yang biasa-biasa dan mungkin membosankan, tidak seperti pertandingan Porches dan BMW klasik.
Menurut Coupland, Proton Black Knight miliknya adalah model terakhir daripada 201 unit yang dibuat khusus untuk pasaran UK.
Laman web How Many Left yang menjejaki jumlah kenderaan yang tersisa di jalan raya UK memeriksa dakwaan Coupland dan menyatakan bahawa Proton 1.5 GL adalah satu-satunya dari jenisnya yang masih ada.
Coupland memberitahu Hagerty bahawa kereta itu berada dalam garaj sejak 1993 apabila pemilik asal kereta itu jatuh sakit. Ketika itu jarak perbatuannya hanya 3600 batu (5,794km). Ia kekal di dalam garaj sehingga 2017. Setelah itu kereta dijual kepada pemilik keduanya dan ketika dia mimilikinya jarak pemanduannya hanya 10,000 batu lebih.
Coupland berkata bahawa dia membawa keretanya ke acara seperti Hagerty’s Festival of the Unexceptional hanya untuk mempamerkannya.
Jenama seperti Peugeot, Volvo, Ford, Nissan, Austin, Toyota, Lancia, Saab, dan Volkswagen antara kereta lain yang turut serta bersama Proton Coupland dalam pertandingan tersebut.
Black Knight Edition miliknya adalah kereta yang dicat dengan warna kelabu logam ‘Majorca Black’. Menurut Paul Tan’s Automotive News, kereta itu mempunyai skema warna oren dan kelabu yang serupa seperti Saga Knight tempatan.
Paultan juga melaporkan bahawa Coupland yang mempunyai saluran YouTube mempamerkan dua Proton Saga yang lain iaitu edisi terhad 1.5 SE LE dan 1.3 GLS (berdasarkan badan Proton Iswara).
Acara Hagerty Festival of the Unexpectional merupakan acara tahunan yang diadakan dan menampilkan kereta klasik dari tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Kereta-kereta yang dianggap biasa ketika itu namun agak ‘rare’ pada zaman ini.
0 Comments