
Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Berikut profil ringkas beliau;
- Zalina Azman atau nama sebenar Zalina Shaharah Azman yang berumur 58 tahun, lahir pada 1964.
- Suaminya Anuar Adam dan mempunyai dua anak iaitu Mikhael Norman,33 dan Anzarryn,17.
- Mula berkhidmat dengan di stesen TV3 sejak 1990.
- Pembaca berita popular menerusi program berita kewangan, Money Matters.
- Mendapat gelaran ‘hos wanita paling glamour’ kerana pernah menemubual nama popular seperti bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Beyonce Knowles, Britney Spears dan ramai lagi.
- Pada 2002, melanjutkan pengajian di dalam peringkat Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.
- Selepas tamat pengajian, membuat keputusan untuk mengundur diri daripada TV3.
- Belaiu pernah menulis buku Mystical Mangla, buku berkaitan penghargaan kepada kekayaan sejarah seluruh kawasan Mangla daripada kaca matanya sebagai seorang pengembara. Juga menulis buku V For Vintage yang menceritakan koleksi baju simpanan sejak sekian lama.
Zalina yang dilaporkan hilang November lalu. Beliau gagal dihubungi anaknya sejak 24 November 2021.
Pada 29 November pula, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati ibunya tiada.
Cuma timbul persoalan di kalangan warganet, kenapa baru kini pihak polis Shah Alam mengisytihar bahawa Zalina Azman hilang.
0 Comments