Apabila seseorang menyertai perkhidmatan awam, topik persaraan akan diberi perhatian kerana mereka diberi pilihan sama ada untuk menyertai skim pencen atau skim KWSP. Kesilapan dalam membuat pilihan tidak ada jalan keluar kerana peluang memilih hanya diberikan sekali.
Berikut adalah perbandingan utama antara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan skim pencen bagi perkhidmatan awam Malaysia.
KWSP | Perkara | Pencen |
>Akta 452 >Tertakluk kepada pindaan yang berkuat kuasa daripada semasa ke semasa | Akta | >Akta 227/228/238 >Tertakluk kepada pindaan yang berkuat kuasa daripada semasa ke semasa |
>Caruman kerajaan dan anggota sepanjang perkhidmatan | Caruman KWSP | >Caruman KWSP dihentikan apabila telah diberi taraf berpencen >Caruman kerajaan dikembalikan |
>Tiada konsep pemberian taraf berpencen >Tiada istilah persaraan awal/pilihan | Pemberian Taraf Barpencen | >Disifatkan berpencen jika mati dalam perkhidmatan/ sebab perubatan/penswastaan |
>Jumlah caruman berserta faedah apabila cukup umur 55 tahun >GCR dan Kad Pesara (Sekiranya pegawai bersara paksa) | Faedah Persaraan | >Pencen bulanan >GCR >Kad Pesara >Ganjaran perkhidmatan |
>Jumlah caruman dan faedah diberi kepada tanggungan | Meninggal dunia dalam perkhidmatan | >Faedah persaraan terbitan |
>Persaraan paksa >Mati dalam perkhidmatan | Award Wang Tunal Gantian Cuti Rehat | >Semua jenis persaraan >Mati dalam perkhidmatan |
>Meliputi pesara dan tanggungan (suami/isteri, anak, ibu/bapa) | Kemudahan Rawatan | >Meliputi pesara dan tanggungan (suami/isteri, anak, ibu/bapa) |
>Jumlah caruman dan faedah kekal | Tamat selain Bersara | >Anggota tidak layak menerima apa-apa faedah persaraan |
>Bantuan Kematian RM2,500 (tertakluk syarat ditetapkan KWSP) >BMJ RM3,000 | Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) | >BMJ RM3,000 |
Kebiasaan bagi penjawat awam untuk memilih skim pencen walaupun ada yang memilih skim KWSP.
Kini terdapat juga perjawatan-perjawatan tertentu dalam perkhidmatan awam yang terpaksa memilih skim KWSP kerana pilihan tidak diberikan untuk perjawatan tersebut.
Bagi mereka yang ingin mengetahui Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 boleh rujuk Akta 452.
Untuk mengetahui Akta Pencen 1980, boleh rujuk Akta 227 , Akta 228 iaitu Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 dan Akta Penyelarasan Pencen 1980 iaitu Akta 338.
Selamat membuat pilihan persaraan bagi mereka yang menyertai perkhidmatan awam.
0 Comments