Peristiwa Istiwa A’zam, Peluang Betulkan Arah Kiblat – Cara Paling Mudah

1 min


– AFP

Semak Arah Kiblat

Setiap fenemona alam yang berlaku boleh mengajar kita tentang sesuatu, begitu juga dengan fenomena Istiwa A’zam di mana matahari berada tegak di atas Kaabah.

Fenomena yang berlaku dua kali setahun, peluang untuk kita mengetahui arah kiblat secara lebih tepat. Waktu Istiwa A’zam di Malaysia pada tahun ini adalah seperti di bawah;

  • 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan
  • 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan

Peluang juga kepada umat Islam di seluruh dunia membetulkan arah kiblat dengan tepat berdasarkan peristiwa Istiwa’ A’zam di lokasi masing-masing.

Secara teorinya ketika itu, ketika waktu tengahari di Mekah, matahari akan berada tepat dan tegak di atas Kaabah. Oleh itu setiap bayang yang berada jauh dari Kaabah akan secara automatik akan mengarah kepada Kaabah sehingga bayang itu sendiri akan terarah dan menjadi arah kiblat.

– Utusan Malaysia

Cara Menentukan Arah Kiblat

Oleh itu untuk megetahui arah kiblat kita secara mudahnya dengan meletakkan sebatang kayu atau tiang yang tegak 90 darjah di tempat-tempat yang diinginkan. Sesiku boleh digunakan untuk menentukan ketepatan. Tempat-tempat tersebut seperti ruang solat kita di rumah, dalam masjid atau surau serta pejabat dengan syarat cahaya mahatari boleh masuk ke ruang tersebut.

Paling mudah bayang sisi tingkap atau pintu di mana cahaya dapat masuk ke dalam rumah. Pastikan sisi tingkap, tiang atau sisi pintu sememangnya tegak. Tidak terpakai untuk rumah yang senget!

Gunakan solitape terutamanya apabila mengukur ketepatan kiblat di masjid atau surau untuk menanda bayang tersebut. Apabila kita betul-betul pasti, boleh dibuang.

Betulkan arah sejadah masjid dan surau.

Ketika itu boleh bandingkan pula dengan teknologi buatan manusia, aplikasi penentu arah kiblat di telefon bimbit, yang kita selalu was-was sebelum ini. Adakah bertepatan dengan arah sebenar kiblat.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.