Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP – Syarat serta tarikh permohonan

1 min


Pengeluaran Khas RM10,000Kerajaan membuat pengumuman membenarkan pengeluaran Khas RM10,000 KWSP bagi meringankan beban rakyat yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan itu sememangnya sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua ahli KWSP. Namun keputusan pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Syarat Pengeluaran Khas RM10,000

Pengeluaran KhasMenurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 adalah terbuka kepada kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah.

Pengeluaran boleh dibuat bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Jumlah maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Kekalkan Simpanan

Walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun Perdana Menteri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Sebelum ini kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran caruman melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.