Masalah ‘memori penuh’ sering membelenggu pengguna telefon pintar.
Walaupun berpada-pada dalam memuat turun pelbagai aplikasi ke dalam peranti, namun storan telefon pintar masih pantas terisi.
Melalui satu hantaran oleh Zalea di laman X, ada dikongsikan beberapa aplikasi yang sering digunakan orang ramai tetapi ternyata menelan storan sangat besar.
“Selalu pelik kenapa storage phone ni cepat penuh, padahal tak download banyak benda pun. Rupanya angkara aplikasi ini,” ujar Zalea.
Ayuh kita lihat!
1) CapCut
Aplikasi penyuntingan video ini dikatakan menyimpan rakaman anda sebanyak dua kali di dalam telefon pintar.
“Video yang kita dah habis edit ia akan saved, satu lagi video pula diletakkan sebagai draf. Saya perasan dulu, CapCut simpan video sampai dekat 100 gigabait (GB),” jelas Zalea.
2) Telegram
Tahukah anda aplikasi Telegram sekiranya tidak diubah ketetapan akan memuat turun secara automatik gambar atau video yang sudah ditonton ke dalam telefon pintar.
“Setting Telegram ini boleh ditutup menerusi ruangan automatic media download.
“Bagi pengguna Android, jika anda hendak mencari semula video atau gambar yang sudah terlanjur dimuat turun, boleh pergi ke file manager dan cari aplikasi Telegram,” terang Zalea.
3) WhatsApp
Sama juga isu seperti Telegram, tetapi WhatsApp adalah lebih merisaukan kerana ia memuat turun lebih banyak fail ke dalam peranti.
“Semua benda yang kita record sendiri atau terima daripada orang lain seperti rakaman audio dan video akan dimasukkan ke dalam telefon pintar oleh WhatsApp.
“Kalau biar, boleh sampai beribu-ribu dalam telefon kita. Jika nak cari semula dekat mana tersimpan semua fail tu, pergi ke file manager dan tulis WhatsApp,” kata Zalea.
4) Gallery
Menurut Zalea, gambar jenis live photo yang bergerak-gerak selama satu saat lebih juga perlu dikurangkan kerana memakan storan yang banyak.
“Balik daripada bercuti tu, kalau ada berpuluh-puluh gambar dengan posing sama boleh perlahan-lahan padam, simpan satu je yang paling best,” ujar Zalea.
Sumber – mStar
0 Comments