Padu bang, Beli Lexus RM35k, Tak tahu roadtax RM8k! Senarai roadtax mahal Malaysia

2 min


Cukai Jalan Roadtax Lexus

Roadtax atau cukai jalan yang membuatkan kereta dengan cc besar susut nilai paling ketara. Harga menjadi begitu murah berbanding nilai belian. Ini membuatkan mereka yang syok dengan kereta ‘mahal’ boleh merasainya. Boleh merasa pandu Audi, BMW, Lexus, VW serta Mercedes. Namun semuanya telah sedia maklum dengan cukai jalan yang terpaksa mereka keluarkan setiap tahun.

Namun apabila membeli kereta 4000cc tanpa mengetahui jumlah cukai jalan yang terpaksa dibayar, agak pelik. Nak bergurau agak-agak bang!!

Seorang pengguna Threads berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat semua yang teringin nak beli kereta terpakai, terutama yang mewah tapi murah.

Beli Lexus RM35k, Tak tahu roadtax hampir RM8k!

Dalam perbualan yang dikongsi, seorang individu bertanya pada kawannya pasal cukai jalan untuk kereta yang dibeli tahun lepas, sebuah Lexus LS430 tahun 2004.

Dia berkata semasa membeli kereta tu, semua kos dah termasuk dalam harga, RM35k. Namun apabila hendak memperbaharui cukai jalan, dia terkejut besar dengan jumlahnya – RM7,944!

Ya, betul. Roadtax hampir RM8 ribu!

Kenapa mahal sangat?

Jawapannya mudah sahaja kerana kereta tu berkapasiti enjin 4,292cc. Lagi besar enjin (CC), lagi mahallah belanja untuk didermakan kepada pihak kerajaan.

Kereta biasa-biasa, biasanya bawah 2,000cc dengan cukai dalam RM100 ke RM400 setahun. Namun apbila enjin dah 4,000cc ke atas, cukainya boleh cecah lebih sebulan gaji, haru sekiranya tidak tahu!!

Bukan salah cukai jalan mahal, namun salah sendiri kerana tidak ‘berhomework’ duhulu.

Namun ada baiknya sekiranya kerajaan dapat menurunkan harga cukai jalan kepada separuh untuk semua jenis kategori. Tentu Madani akan diingati dalam hal ini.

Senarai kereta mewah & Anggaran cukai jalan

Berikut adalah contoh model kereta mewah terpakai dengan kapasiti enjin besar, bersama anggaran kos cukai jalan tahunan (roadtax) di Malaysia supaya anda ‘sedar diri’ mana yang betul-betul “high maintenance”.

Model KeretaCC (Cubic Capacity)Anggaran Roadtax (RM/tahun)
Lexus LS430 (2004)4,292 ccRM7,944
Mercedes-Benz S5004,663 ccRM10,327
BMW 750Li4,395 ccRM9,452
Audi A8L 4.2 Quattro4,163 ccRM7,500+
Jaguar XJ 5.0 V85,000 ccRM11,125
Porsche Cayenne 4.8 Turbo4,806 ccRM10,654
Toyota Land Cruiser V84,461 ccRM9,837
Nissan Patrol 5.6 V85,552 ccRM12,187
Bentley Continental GT5,998 ccRM16,000+
Rolls-Royce Ghost6,592 ccRM18,000+

Nota: Harga roadtax ini adalah anggaran untuk kenderaan persendirian biasa di Semenanjung Malaysia. Sabah/Sarawak harganya berbeza dan lebih murah.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.