Mat Saleh Pasir Mas mula dikenali apabila video gelagat mereka tular di aplikasi TikTok.
Gelaran Mat Salleh yang diberikan kerana keadaan semula jadi mereka yang mengidap penyakit Albino. Lebih unik apabila keempat-empat beradik mengidap penyakit sama sehingga mereka mempunyai kulit putih, rambut perang dan bermata biru.
Sinar Harian mengunjungi mereka untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Mereka adalah anak pasangan Suzita Zakaria, 37, seorang suri rumah bersama suami Zawawi Mustafa, 38. Kempat-empat beradik itu mengidap albino sejak dilahirkan. Muhammad Adam Haris Zawawi (7), Muhammad Azim Hafiz (6), Muhammad Aiman Haziq dan kembarnya, Muhammad Amirul Haziq (4) berbeza dengan 3 kakak yang lahir dalam keadaan normal.
Hari ini mereka menerima sumbangan telefon untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) daripada Murtadhatumizi Mustapha Ketua Pegawai Eksekutif MZ Gold.
Bercerita tentang keadaan anak-anaknya, Suzita Zakaria dan suami nyata terkejut selepas anak keempat yang dilahirkan dan disahkan menghidap albino. Lebih mengejutkan apabila semua anaknya yang lahir selepas itu juga mengidap albino. Namun mereka menerima sebagai rezeki Ilahi dan bersyukur mereka sihat dan bebas daripada penyakit.
Mereka juga boleh tanah panas, cuma terpaksa bercermin mata apabila berada di luar rumah untuk mengelak cahaya matahari.
Menurut Suzita, suatu ketika ada penduduk dari kampung luar hampir terbabs ke dalam parit. Ini kerana teruja melihat anak-anaknya yang kelihatan seperti anak Mat Saleh sedang bermain di hadapan rumah.
Kini Mat Saleh Pasir Mas mendapat perhatian apabila gelagat mereka melalui video yang dimuatnaik sepupu mereka di aplikasi TikTok tular sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan.
0 Comments