Netizen Zoom Jam Tangan PM Hingga Diakui Rakaman Bukan ‘Live’

2 min


Jam TanganNasib jenama jam tangan tidak dapat dilihat, kalau tidak diselidik harganya pula..

Rupanya netizen akan memerhati setiap perkara dan tentunya jumpa sahaja apa yang dicari. Setelah selalu memerhati Neelofa yang selalu melanggar SOP, kini PM menjadi mangsa tilikan netizen.

Melalui Program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, netizen menemui sesuatu. Program tersebut adalah rakaman. Tentunya apabila tidak dikantoikan netizen, pihak berkenaan akan menwarkan itu secara ‘live’ walaupun sebenarnya rakaman.

Ini gara-gara netizen ‘zoom’ jam tangan yang dipakai PM ketika rakaman dilakukan. Kata netizen, bicara khas tersebut adalah secara live pukul 9.00 malam tetapi jam tangan yang dipakai PM menunjukkan pukul 6 petang. Perbezaan masa 3 jam lebih awal.

Tilikan netizen seawal rancangan dan seawal rakaman kerana dimaklumkan rakaman tersebut dibuat pada jam 6.00 petang Sabtu untuk disiarkan pada Ahad malam.

Jam Tangan

“Rupa-rupanya ada time difference waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM… tiga jam berbeza semasa siaran langsung,” komen netizen.

“Ku sangkakan live, rupanya recorded (rakaman) haha,” tambah seorang lagi netizen.

“Kantoilah pula,” tulis yang lain.

Tentunya netizen akan mempertikaikan kerana diwar-warkan seolah ‘live’ tetapi sebenarnya rakaman. Apabila rakaman tentunya ada ubahsuai, potong-potong dan ‘feel’ untuk menonton PM ber’live’ tidak kesampaian.

Apatah lagi Bernama TV menyatakan ‘Langsung’ dan TV3 juga menyatakan ianya program secara langsung.

Jam TanganUmum mengetahui bahawa PM sekarang adalah PM yang paling banyak “Perutusan Khas PM”, PM yang tidak mahu berdepan wartaman dan menjawab apa sahaja persoalan secara ‘live’.

Jam TanganOleh kerana dikritik netizen di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program itu adalah rakaman yang dibuat pada hari Sabtu.

Mengenai ‘langsung’ seperi yang dinyatakan Bernama TV, Ras Adiba berkata ianya merujuk kepada semasa program bersiaran dan bukannya disiarkan secara langsung.

Beliau berkata apa yang lebih penting mesej dan maklumat yang ingin disampaikan PM.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.